Pada 23 April 2015 saya bawa Bujang dan Itam MB ke Hospital Veteriner Cheras untuk mendapatkan vaksin terakhir untuk Bujang dan rawatan sakit kulit untuk Itam MB. Seperti biasa mak ikut sama walaupun hari ini mak berpuasa kerana hari Khamis.
Alhamdulillah kedua-dua mereka tidak banyak kerenah. Itam MB duduk diam-diam dalam carrier pink, manakala Bujang dalam beg sandang. DIsebabkan Bujang kepanasa dalam beg tersebut kerana lama menunggu, saya keluarkan dia untuk mengelakkan dari dia demam.
Terpaksalah saya kendong je dia sepanjang menunggu nombor kami dipanggil. Disebabkan hari Khamis dan hospital ini menjalankan pembedahan makanya lama sedikit masa menunggu pesakit luar.
Bujang tak banyak kerenah mula=mula je dia rasa tak selesa sebab ramai orang dan banyak bunyi kucing. Tapi lama-lama dia duduk diam dalam pangkuan saya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan selamat.
No comments:
Post a Comment