Hari ini, kami yang melapurkan diri ke JPA Putrajaya akan menerima penempatan pertukaran kami ekoran dari kenaikan pangkat. Sejak pagi saya dah rasa gelisah, takut-takut apa yang dibayangkan dalam minda akan terjadi. Tiba sahaja di JPA, saya lihat wajah sahabat-sahabat saya juga lebih kurang macam saya. Daripada taklimat yang diberikan, serta cara soalan dijawab aku dah dapat agak apa yang mungkin terjadi.
Saya di tempatkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam kumpulan ini terdapat seorang lagi EO yang juga di tempatkan di kementerian yang sama. Semasa melaporkan diri di Kementerian Pelajaran Malaysia di Blok E12, masih ada 4 tempat kosong lagi, 1 di Seremban, 1 di Jalan Duta, 1 di Shah alam dan 1 lagi di Klang rasanya. Pilihan terbaik aku adalah di Jalan Duta. Apa nak dikatakan, ini adalah ketentuan Allah - aku pujuk hati aku - mungkin ini adalah ujian dari Allah - walau apa pun saya akan tetap berdoa dan berusaha bagi membolehkan satu hari nanti aku akan diberi peluang untuk berkhidmat di Melaka. Selepas ini aku akan membuat permohonan untuk bertukar ke JPA.
Lebih kurang 2 minggu yang lepas, saya dimaklumkan oleh sahabat di MinDef pada tarikh 17 Oktober 2011 juga JPA membuat penukaran GPPT Gred N36 dan mulai dari tarikh tersebut aku dah mula risau kalau-kalau kekosongan di Melaka akan diisi oleh senior kami nanti. Tekaan saya betul... wah sedihnya saya.. hu hu hu.... Foto sebelah - sahabat saya Che Minah yang di tempatkan di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya bersama dengan Rosmawati.
Secara ikhlas, selepas menerima arahan penempatan, rasa risau dan debaran kami semuanya hilang, maklumlah dah tau nak pergi ke mana.
No comments:
Post a Comment