29 October 2011

Tanda Hati Sahabat HAT TM - Suria

Satu lagi tanda hati yang saya terima. Ianya adalah dari seorang sahabat yang dulunya adalah ahli keluarga Pejabat Tadbir Awam dan kini beliau memberikan perkhidmatan dan kepakarannya dalam bidang ISO untuk organisasi ini dan di tempatkan di Pejabat Kualiti. Jatuh bangunnya projek ISO HAT TM ini secara relatifnya adalah terletak di tangannya. Orang yang saya maksudkan ini adalah Suria yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Su.

Dalam kesibukan memastikan projek ISO berjalan terus, sempat juga Suria menyiapkan sesuatu untuk saya. Kebanyakan staf memang memahami saya kerana saya sememangnya suka dengan bau-bauan berasaskan aromatherapy. Boleh dikatakan setiap hari, saya akan memasang bau-bauan seumpama ini di dalam bilik pejabat saya. Kerana pada saya bau-bauan ini sering kali memberikan saya tenaga yang murni di mana tenaga ini dialirkan dalam diri saya dan menjadikan aura diri lebih jelas dan bertenaga. Bukannya saya percaya pada kekuatan aura, tetapi pada saya aura juga adalah kejadian Allah yang boleh menjadikan pembawakan diri seseorang pada hari itu lebih menyerlah dan ceria. Itu pandangan saya aje.

Lilin aromaterapi hadiah dari Suria amat sesuai dinyalakan di dalam bilik tidur saya, menjadikan suasana bilik tidur lebih romantis dan bertenaga. Su... terima kasih atas pemberiannya, semoga Su dimurahkan rezeki oleh Allah, diberikan ketenangan diri dan keluarga serta cepat-cepat dinaikkan pangkat. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika saya pernah mengusik hati Su secara sengaja atau tidak, halalkan segal-galanya. Insyallah jika diizinkan Allah kita akan bersua nanti.

No comments: