15 October 2011

Berdebar Menunggu 17 Oktober 2011

Lusa adalah hari penentuan saya, di mana agaknya saya akan ditempatkan. Debaran semakin kencang sehinggakan timbul rasa sakit perut. Memandangkan HAT TM bekerja hari ini sempena lawatan DYMM Sultan Perak saya terlupa sekejap debaran tersebut. Tetapi sebaik tiba sahaja di rumah debaran dan fikiran tersebut muncul kembali.

Semalam selepas makan-makan bersama dengan sahabat-sahabat yang sama-sama bekerja di HAT TM, saya dan sahabat saya Pn Hafisah membeli kasut - kasut ini akan digunakan semasa saya melapor diri di JPA pada 17 Oktober 2011.

No comments: