Saya nak kongsi dengan kekawan semua mengenai pesanan yang popular daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayat oleh al-Hakim dan al-Baihaqi. Baginda bersabda yang bermaksud - rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Apakah yang difahami oleh kekawan perkara-perkara tersebut:
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua.
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati.
Pesanan Rasulullah s.a.w ini juga pernah dijadikan lirik dalam lagu nashid yang disampaikan oleh Raihan atau Rabbani kalau tidak silap saya. Begitu bijak sekali Rasulallah meninggalkan pesanan kita renungan kita. Lagi pun kita kan terlalu cepat lupa, maklumlah sebagai insan perkara lupa adalah fitrah manusia. Tetapi dengan adanya peringatan sebegini, setidak-tidaknya kita akan berusaha untuk menanganinya terlebih dahulu dan mengelakkan rasa penyesalan di kemudian hari.
Lakukan segera semua perkara kebaikan semasa kita sihat, semasa kita kaya, sementara kita mempunyai masa lapang, semasa kita kuat lagi dan masih muda dan yang paling penting semasa kita masih lagi bernafas. Tetapi sekiranya kita dah sakit, dengan kemiskinan di ambang hidup, tidak punya masa kerana kesempitan, dan setelah usia merangkak ke ambang senja, dan yang paling malang setelah nyawa melayang dari jasad masa itu apa lagi yang mampu kita lakukan. Maka banyaklah keluh kesah dan sesalan yang lahir dari dalam diri. Tetapi apakan daya 5 perkara yang awal telah berlalu dan tak mungkin akan kembali.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua kawan-kawan saya, ingatlah baik-baik pesanan Rasulallah di atas dan laksanakan kesemua ibadah mulai sekarang, jangan tunggu esok kerana dibimbangi esok sudah tiada untuk kita.
No comments:
Post a Comment