Pada 27 Oktober 2011saya menghadirkan diri ke perhimpunan bulanan JPNWP. Perhimpunan ini diadakan di auditorium dan kehadiran adalah diwajibkan. Audi hampir penuh dan ini menunjukkan hampir kesemua warga JPNWP hadir. Seperti juga perhimpunan-perhimpunan yang lain ianya diisi dengan pelbagai aktiviti seperti menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu WP, pesanan host, ucaptama YBhg Dato' Pengarah, sambutan harijadi warga yang lahir dalam bulan Oktober dan memperkenalkan warga baru.
Host kali ini adalah Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, yang diketuai oleh Encik Razali bin Iberhim. Cara langsung saya juga terlibat sama dalam urusan perhimpunan ini. Tidak seperti perhimpunan sebelum ini, iaitu Perhimpunan Menteri Pertahanan, Perhimpunan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Perbarisan Bulanan Pegawai Memerintah HAT TM, kami berdiri di padang kawat atau di tepi padang kawat, perhimpunan kali ini kami duduk dengan selesa di dalam Audi.
Perhimpunan bermula jam 8.30 pagi dan selesai sebelum jam 11.00 pagi. Yang menarik perhatian saya adalah ucaptama YBhg Pengarah yang berkisar pada konsep transformasi organisasi dan warganya serta petikan ucapan oleh YBhg Tan Sri KSN mengenai ganjaran dan hukuman yang perlu dilaksanakan semula dalam perkhidmatan awam dengan lebih efektif. Saya amat setuju dengan pandangan tersebut dan menunggu bila agaknya pelaksanaan ini benar-benar boleh diambil.
No comments:
Post a Comment