30 June 2012

Lunch di ISTEC - Chicken Chop Lagi

Pada 28 Jun 2012, saya dan rakan-rakan di JPNWP mengambil lunch kami di ISTEC buat sekelian kali - rasanya dah lama kami tak makan Chicken Chop di sana. Dalam banyak-banyak tempat yang menghidangkan Chicken Chop - bolehlah dikatakan chicken chop di sini boleh tahan sedapnya. 

Nas, Cik Pah, Mas sedang menunggu makanan yang kami order tiba. Lunch kali ini ramai juga kawan-kawan kami yang lain dari Jabatan menjamu selera mereka di sini.

Sementara menunggu makanan tiba apa salahnya saya berposing dan ambil gambar di kafeteria ini, sebabnya kafeteria ini cantik tidak seperti kantin atau kafeteria yang lain. Ianya lebih kepada ruang makan kelas tinggi.

Saya bergambar bersama dengan Abang Sam, yang juga datang makan di sini bersama kawan-kawan yang lain termasuk En Rizal KU PPA

Nas dan Cik Pah sabar menanti !!!!!

Cuba tengok belakang Nas, nampak tak 2 tingkap kecil dan lampu gantung - nampak seperti hiasan dari dalam kota istana lama United Kingdom.

Air minuman kami - water melon juice, manggo juice dan orange juice

Sudah nak habis makanan kami - memang sedap dan harganya juga murah

29 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 33 - Bertolak Balik Dalam Train

Saya rasa Ammar tentu tersangat letih, kerana sejak awal perjalanan balik, kami harapkan pada dia sahaja... maklumkan anak lelaki yang lebih besar jika nak dibandingkan dengan Amir. 

Ibu Ammar, Shima juga kelihatan letih begitulah adat jika bercuti dan melancung dengan jadual yang padat.... rasanya ada yang kami belum beli lagi... mangga siam

Amir dah siap nak tidur

Merah padam muka saya, terpaksa mengheret/ membawa 4 buah beg sekali gus.. uuhhh penatnya... nasib baik tak shopping...

Mak dah siap untuk menunaikan fardu maghrib dan jamak takdim, selepas itu apa lagi maka beradulah kami...

Norainee tetap maintain.... dalam keletihan masih boleh tersenyum

Oklah Ain... boleh dikatakan percutian kali ini juga sangat berjaya

Maka berakhirlah percutian kami ini.....Jika ada umur dan ada rezeki insyallah kami akan bercuti di tempat lain, tetapi insyallah percutian dalam negeri juga... kerana banyak lagi tempat-tempat percutian yang sangat menarik belum habis kami kunjungi.

TAMAT


Percutian Langkawi 2012 Part 32 - Bertolak Balik Stesen Keretapi Arau



Selepas dari Gua kelam kami bertolak ke Arau dan terus ke Stesen Keretapi - selepas menunaikan fardu asar dan jamak takhir zohor tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Masa itu stesen keretapi ini belum ramai dengan penumpang lagi. 

Kelihatan Amir bertugas menjaga beg.


Kami bercadang untuk mencari makan dahulu sebelum menaiki keretapi kerana setelah menaiki keretapi nanti kemungkinan besar kami tidak sempat untuk mencari makanan dan bimbang akan kebuluran sehingga tiba di Kuala Lumpur. 
Itulah beg-beg kami yang bertambah.

Saya dengan mak pula menjaga beg kerana pada masa ini orang semakin ramai dan hujan masih lagi turun. Kaum keluarga saya yang lain sedang makan di gerai yang tidak jauh dari stesen ini. 

Selamat tinggal Arau dan Perlis harap dapat jumpa lagi kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Ameen....

28 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 31 - Gua Kelam

Selepas selesai urusan shopping dan melihat-lihat di Padang Besar (PB) kami singgah di Gua Kelam sebelum balik ke Arau. Rupanya perjalanan ke Gua kelam agak jauh juga dari jalan utama.

Sayang papan tanda selamat datang ke Gua Kelam rosak dan tidak diurus dengan baik. Saya berharap agar pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya 


Mari saya kisahkan sedikit tentang Gua Kelam yang terdapat di Perlis ini. Gua ini merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan. Gua ini juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2,000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit iaitu sejauh 500 meter. Melihat kepada papan tanda di belakang saya tu, gua ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan di bawah Kementerian Pelancungan Malaysia.

Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini telah menjadi tumpuan yang sering dilawati oleh pelancong sama ada dari dalam dan luar negera. 



Sejumlah lebih 3,000 pelawat telah dicatatkan hanya dalam masa dua bulan iaitu antara bulan Febuari dan Mac 2008. Semasa kami tiba kami perhatikan lokasi gua ini juga dijadikan tempat riadah keluarga yang datang untuk berkelah.



Apa yang menjadi daya tarikan adalah mengenai sejarah kewujudan kawasan perlombongan bijih timah dalam gua ini dan masih tinggalan tersebut masih lagi terpelihara.

Agak-agaknya apa yang sedang saya bicarakan?? soal hati ke? soal alam sekitar ke?

Saya dengan 2 orang anak buah saya Ammar dan Amir - sayangnya sebab yang lain tidak dapat bersama kami.

Gaya ahli keluarga saya dengan cara mereka tersendiri, masa ini kami selesai bergambar di pintu masuk gua. Gua ditutup sementara kerana sedang dalam senggaraan

Dan saya dengan gaya saya sendiri - lihatlah manusia betapa cantiknya bumi ciptaan Allah ini!!!!




Amir dengan gaya orang dewasa bagaikan pelakun filem Boolywood - ada cita-cita nak jadi pelakon ke???

Mak dengan gaya juru cakap - sibuk menerangkan sesuatu kepada kumpulan kami

Perhimpunan Pagi Bulan Jun 2012

Pada 26 Jun 2012 adalah hari perhimpunan bulanan bagi Jabatan kami. Seperti biasa perhimpunan dilakukan di Auditorium dan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan menjadi hos majlis.


Perhimpunan kali ini tidak ramai yang hadir, mungkin disebabkan oleh ramai yang tidak sihat/ demam kerana cuaca di KL pada masa ini kurang sihat. Ada juga yang bercuti rehat.

Hairani (Ani) tersenyum walaupun kami sama-sama mengantuk sementara menunggu acara bermula.... Perhimpunan kali ini ada hadiah kejutan dari pihak penganjur. Kami kurang bernasib baik....

Sekali-sekali saya nak bergaya - ok ke tidak???

Buku Aturcara

Hadiah Harijadi Dari Jabatan

 Inilah hadiah harijadi JPNWP bagikan kepada semua pegawai dan staf Jabatan ini pada tahun ini.


27 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 30 - Empangan Timah Tasoh

Sebaik sahaja mendarat di Kuala Perlis, Cikgu Mawi sudah ada menunggu dengan seorang lagi pemandu teksi. Memandangkan tiket keretapi kami balik ke lokasi kami masing-masing lambat lagi, iaitu jam 7.00 malam, maka Cikgu Mawi mencadangkan supaya kami bershopping dulu di Padang Besar.

Dalam perjalanan ke Padang Besar, Cikgu Mawi berhenti sebentar di Empangan Timah Tasoh. Banyak kali juga saya mendengar mengenai empangan ini terutamanya 2 tahun lepas di mana kawasan utara tanah air telah di tenggelami oleh banjir yang diakibatkan oleh air empangan ini dilepaskan.

Luas juga empangan ini, dan empangan ini telah membentuk suatu muka bumi yang cantik. Terbentuk beberapa pulau kecil di tengah dan tepi tasik di mana dulunya pulau-pulau ini adalah puncak bukit. 3 foto di atas kalau dicantumkan kawan-kawan dapat melihat gambaran besar tasik di sebelah sini.

Ewah 3 wanita jelita dengan senyuman masing-masing
Shima, saya dan Ammar berlatarbelakngkan banjaran Titiwangsa yang sungguh indah. Maha suci allah dengan kebesarannya mencipta bumi ini sayangnya kita manusia yang bakal memusnahkannya. Walau apa pun saya gembira berada di sini.

Hai... cerita apa tu...

Saya cerita sikit mengenai Tasik Timah Tasoh, tasik ini terletak di dalam Negeri Perlis, dulunya kawasan tasik ini adalah perkampongan tetapi kini iaya telah menjadi kawasan takungan air. Tasik ini terbina di sepanjang Sungai Korok di Berseri, iaitu kira-kira 2.5 km di pertemuan Sungai Timah dan Sungai Tasoh, jadi kawan-kawan dapat melihat sendiri dari mana datangnya nama Timah Tasoh.

Keluasan tasik ini adalah lebih kurang 13.30ha setelah sungai-sungai di atas mengumpulkan air di satu empangan yang dibina pada tahun 1987. Kalau kawan-kawan dapat menghadirkan diri di empangan ini kita dapat melihat Bukit Chabang menagnjur ke utara dan Bukit Nakawan menganjur ke selatan membentuk latar belakang yang ini.


Tasik boleh menampung kira-kira 35300000 liter air pada satu-satu masa dan empangan ini juga merupakan sumber air keperluan rakyat di negeri ini dan negeri berhampiran. 
Foto di atas 2 anak bujang kami Ammar dan Amir.
Tasik Timah Tasoh yang indah ini juga merupakan santuari bagi burung-burung hijrah terutama dari negara-negara sejuk kerana tasik air tawar ini dan persekitaran semulajadinya menawarkan habitat yang lengkap termasuk menyediakan makanan yang diperlukan dengan perlindungan bagi burung-burung ini.

Di samping kegunaannya sebagai empangan dan tempat persinggahan sementara bagi burung-burung hijrah, tasik ini juga telah dikenal pasti sebagai tapak yang sesuai bagi pembiakan ikan dan lain-lain projek akuakultur.