26 June 2012

Matahari Sakit di KL


Foto ini saya ambil di kawasan rumah saya pada 2 minggu yang lepas. Kalau di kampong saya, orang tua-tua kata matahari sedang sakit, itu sebabnya warna matahari menjadi merah, tetapi realitinya pada masa ini, matahari dan atmosphere sekeliling sebenarnya diseliputi dengan jerebu. Mungkin juga keadaan ini ada kena mengena dengan berlakunya pembakaran terbuka di negara jiran kita yang mengusahakan pertanian. Kerana cara ini adalah cara yang paling mudah untuk menerangkan ladang yang keluasannya beratus ekar dengan belanja yang murah. Memandangkan pembakaran di kawasan yang sangat luas, maka negara jiran yang lain juga terbabit dengan kualiti udara yang rendah dan tidak menyehatkan termasuklah negara kita.

Melihat keadaan ini, saya mula rasa bimbang kerana, cuaca dan keadaan sebegini tidak bagus untuk pengidap penyakit asthma. Biasanya pada tahun-tahun lepas saya sering juga diserang dengan asthma dan terpaksa bercuti sakit untuk mengurangkan terdedah dengan persekitaran dan mutu kualiti udara yang rendah. Tetapi tahun ini alhamdulillah saya belum lagi diserang dan keadaan ini persekitaran udara di negara ini nampaknya hampir pulih.

No comments: