09 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 2 - KL Central



Lebih kurang jam 6.20 petang 2hb Jun 2012, kami semua (mak, Ain, saya, Ainee dan Amir) termasuk adik saya Azmee (Zmee) telah berkumpul di KL Central. Zmee bermurah hati belanja kami semua makan di KFC dan siap dengan bungkus untuk makan malam kami di atas train nanti. Shima dan Amir masa ini telah ada di Kuala Lumpur untuk pertandingan pancaragam sekolah, walau pun begitu mereka tidak bersama-sama kami, kerana pergerakan mereka adalah pada keesokkan malamnya.

Kami berkumpul sambil makan-makan di KFC KL Central, kata Zmee ruang ini lebih nyaman dan lebih sejul jika dibandingkan dengan ruang menunggu di luar KFC, mungkin rasa panas disebabkan oleh pengunjung yang ramai agaknya. Tempat menunggu di luar tu telah dipenuhi oleh penumpang dan sanak saudara serta rakan-rakan yang menghantar seseorang atau keluarga masing-masing. 


Pada hari itu saya memang belum makan lagi, nasib baik apabila tiba sahaja di KL Central Zmee ajak kami makan. Apa lagi dengan muka yang letih saya terus menikmati ayam goreng... sedapnye....... banyak juga saya makan ayam hari itu. Nasib baik ada Norainee tolong makankan kulit ayam goreng.


Emak kata dia tak lalu nak makan kerana mak dah kenyang makan beehoon goreng di rumah saya semasa makan tengahari, hanya saya sahaja yang tidak makan tengahari itu sebab saya rasa sangat lapar. Ini mungkin disebabkan saya ambil breakfast yang agak berat. 

Ainee dan Amir dengan hidangan masing-masing, mereka pun kurang selera kerana mengikut mereka, mereka telahpun mengambil makan tengahari lebih awal lagi. Disebabkan saya bimbang kelaparan di dalam train nanti dan sukar untuk mendapatkan makanan maka saya pun makan seorang diri dengan diperhatikan oleh mereka semua. Apa nak buat..... mereka temankan saya makan pun dah cukup baik.

Elok-elok saya habis makan, waktu magrib pun tiba, jadi kami pun bergilir-gilir memunaikan fardu tersebut. Semua ahli kami dinasihatkan untuk melaksanakan jamak takdim dan qasar. Al maklumlah sukar juga untuk menunaikan fardu solat/ sunat di dalam train yang bergerak.

Wajah ceria masng-masing sementara menunggu ketibaan train Senandung Langkawi. Selamat semuanya.

Saya dan semua ahli percutian kali ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zmee kerana menghantar saya dan mak ke KL Central dan belanja kami makan. Semoga dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Kami juga mengucapkan beliau selamat berangkat ke Paris pada 9 Jun ini.

No comments: