Kira-kira jam 7.00 pagi train yang kami naiki tiba di Stesen Keretapi Arau. Stesen ini sedang dalam baikpulih besar-besaran, dan saya menjangkakan stesen ini nanti akan menjadi stesen keretapi yang modern di kawasan utara ini. Teringin la pulak untuk melihat stesen ini siap dibina.
Emak dan Amir masih boleh tersenyum lagi, rata-rata semua penumpang masih belum mandi pagi. Hanya sempat memberus gigi atau berkumur-kumur sahaja untuk hilangkan bau mulut. Perut dah berkeroncong... maknanya kami perlu mencari makan.
Kelihatan di belakang saya, kontena-kontena yang digunakan sebagai surau, tandas, pejabat dan balai polis.
Kucing yang kami temui di stesen ini, dia juga kelihatan sangat lapar, jadi kami sedekahkan kepadanya kulit ayam goreng KFC sahaja. Mudah-mudahan dia kenyang.
Sementara menunggu Cikgu Nasri (Nawi) datang untuk mengambil kami, kami breakfast dulu di satu-satunya gerai makan yang ada di stesen ini. Makanannya boleh tahan dan sangat membantu kami untuk mengalas perut.
Peace.... makan dengan kenyang kerana selepas ini tiada kesempatan untuk makan sehinggalah kami tiba di Pulau Langkawi. Selepas makan Cikgu Nasri dan seorang rakannya tiba untuk menghantarkan kami ke Kuala Perlis.
No comments:
Post a Comment