16 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 12 - Kehidupan Laut Yang Unik - Sea Horse & Sea Dragon

Kawan-kawan tahu tak apa benda haiwan ini? Ini adalah sejenis kuda laut tetapi kuda laut jenis berperut buncit, memang itu jenisnya bukannya kuda laut bunting tahu!!!!, satu lagi jenis kuda laut adalah seperti di bawah, yang slim.

Kedua-dua jenis kuda laut ini rupanya mempunyai habitat yang ringkas iaitu cukup dengan mempunyai rumpat laut, semasa saya melihatnya kuda-kuda laut ini kebanyakannya suka berselindung di sebalik rumpai-rumpai tersebut. Sukar betul untuk mengambil gambar mereka.... terpaksa tunggu lama.....

Yang ini pula digelarkan Sea Dragon, saiz sebenarnya lebih kurang sejengkal lebih dan nampak haiwan ini sangat fragile, bimbang kalau dipegang takut dia boleh patah. Seperti juga kuda laut... haiwan ini juga tidak banyak buat pergerakan. Mungkin dia dah biasa dengan orang ramai. 

Pergerakannya sangat lembab (slow) dan biasanya dia statik dan sukar untuk melihat dia bergerak aktif.

Ada rupa dragon ke????



No comments: