Jadi semuanya ahli percutian kali ini adalah seramai 7 orang sahaja. Percutian ini bermula di Tampin di mana Ain, Norainee dan Amir bertolak dari rumah dengan teksi ke Stesen Keretapi Tampin/ Pulau Sebang. Mereka mengambil train ke KL Central, mereka bertolak dari Stesen Keretapi Pulau Sebang lebih kurang jam 2.00 petang dan tiba di KL Central lebih kurang jam 3.30 petang.
Pada masa yang sama saya dan emak masih berada di rumah saya lagi, kami bercadang untuk bergerak pada jam 5.00 petang, memandangkan kami semua akan menaiki train ke utara lebih kurang jam 9.15 malam nanti. Pada awalnya, saya minta bantuan adik saya Azmee untuk menghantar kami ke Stesen Keretapi Tasik Selatan dan kemudian kami ambil LRT ke KL Central, tetapi adik saya bermurah hari untuk menghantar kami terus ke KL Central, jadi kami mengambil keputusan untuk bergerak lewat sedikit, iaitu ledih kurang jam 5.30 petang. Jadi selepas solat Asar kami pun berangkat ke KL Central.
Trafik pada hari itu juga sangat memihak kepada kami, kerana tidak sampai 30 minit kami telah pun sampai ke tempat tujuan kami. Memang nasib kami sangat baik kerana parkir kereta juga mudah ditemui.
Yang sebenarnya mak saya baru sahaja sampai ke rumah saya dari rumah adik saya di Kuantan. Mak saya menyambut hari ibu di sana bersama-sama dengan besannya yang juga senasib dengannya, mereka bertiga, termasuk emak mertua Azmee adalah balu.
Lain pula ceritanya dengan Shima dan anaknya Ammar, di akhir pergerakan kami, tiba-tiba Shima dan Ammar tidak boleh bergerak bersama dengan kami, sebaliknya mereka berdua terpaksa bergerak lewat 1 hari. Ammar menganggotai kumpulan pancaragam sekolahnya sebagai salah seorang drummer.
Dalam keadaan gelisah, ibunya memaklumkan perkara tersebut kepada Ain dan nasib baik tiket mereka boleh ditunda ke hari berikutnya.
Jadi pada 3hb Jun, Shima dan Ammar bertolak ke Arau dari KL Central dengan menaiki train malam juga. Memang perjalanan pergi kali ini tidak seseronok percutian sebelum ini kerana, pergerakan yang berpecah-pecah. Walau bagaimanapun akhirnya kami dapat bersama juga pada 4hb Jun 2012.
Percutian kami juga tidak kurang seronoknya, banyak juga tempat yang kami pergi dan kali ini lengkaplah sudah percutian di pulau lagenda ini.
Percutian kami bersambung selepas ini.........
No comments:
Post a Comment