21 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 20 - Indahnya Pemandangan Laut Langkawi

Tengok indahnya kejadian Allah.... Allah jadikan alam sejagat ini dalam tempoh 7 hari siap dengan sistem cekrawalanya. Matahari, planet-planet termasuk bumi dan bintang-bintang di letakkan atas paksi masing-masing.



Maka Allah perinthakan setiap kejadian itu mengikut fitrah masing-masing, begitu juga dengan air laut, ombak, pantai dan pulau-pulau semuanya sujud dan ikut perintah tersebut.





Tiba-tiba kita makhluk yang menduduki bumi ini iaitu manusia dan jin yang menjadi pemusnah kepada sistem yang dicipta oleh Pencipta Agung itu. Seperti yang dibimbangi oleh malaikat semasa Allah ingin menjadikan Adam... kalau manusia itu nanti yang mengakibatkan kemusnahan bumi dan alam sejagat ini.





Tengoklah pulau yang timbul dari air yang banyak, air/ ombak yang ada kalanya ganas dan ada kalanya sangat lembut .... bukankah itu semua menunjukkan kekuasaan Allah... bukankah itu menunjukkan bahawa sesuatu kejadian ada penciptanya.



Untuk pengetahuan kawan-kawan semasa kami belajar ini laut agak bergelora kerana masih dalam zon masa gerhana cincin di mana bulan matahari dan planet zuhal dalam susunan yang selari... jadi ianya mempengaruhi pasang surut ombak. Lihat foto-foto di bawah dapat dilihat ombak yang agak tinggi di sebelah bot kami.



Ada masanya ombak lebih tinggi dari bot kami dan masa itu kami yang memangnya tidak biasa dengan keadaan laut merasa amat susah hati.... tetapi kecekapan memandu bot mengelak dan membawa bot ke arah lain... namun percikkan air laut yang kuat hampir membasahi pakaian kami.

No comments: