Gelanggang go-kart di Langkawi luas juga, bayarannya biasanya sahaja RM30.00 untuk 10 minit. Kalau budak baru nak cuba 10 minit pun dah kira lama, tapi bagi mereka yang sudah biasa 10 minit mungkin tidak cukup.
Ammar dan Amir bersiap sedia untuk memasuki gelanggang Go-Kart. Agaknya Amir sedang suspen - dia perhatikan abang dia untuk mulakan dulu
Ammar dah ready, mereka berdua sedang memilih helmet untuk dipakai, kepala Amir kecil sedikit jadi sukar untuk cari saiz helmet untuk dia. Yang ada terlalu besar atau terlalu kecil.
Ammar penuh yakin... sebab dia pernah memandu go-kart sebelum ini. Jadi tak sukar untuk dia meluncur nanti.
Macam orang bulan je Amir ni.... kami bagi galakan supaya Amir mencuba tetapi perlu berhati-hati kerana stering di tangan dia dan kami terpaksa duduk di luar memerhatikan mereka.
Ammar memulakan dan mula memasuki gelanggang.
Amir dengan gaya tersendiri
Ammar mendahului dan Amir sibuk mengejar abangnya
Hero dah tamatkan perlumbaannya
Harap mereka puas hati dan jadikan kenangan.....
Amir mengira apa agaknya???
Macam angkasawan je bila kelek helmet cam tu
No comments:
Post a Comment