Selepas 4 hari kami berada di Pulau langkawi, sudah tiba masanya untuk kami balik ke haluan masing-masing. Selepas breakfast di Resort kami mengangkat beg untuk dihantar ke Kuah dulu.... maklumlah kereta sewa kami muat-muat untuk 7 orang dan tiada tempat untuk meletakkan beg.. Jadi batch pertama saya, Shima dan Ammar bertolak dulu ke Kuah untuk menguruskan tiket dan beg.
Kami dah selamat mendapat tempat di dalam feri balik menuju ke Kuala Perlis. Group keluarga saya antara yang terlewat menaiki feri kerana barang-barang kami yang banyak dan sukar untuk pergerakan... maka saya mengupah seorang tukang angkat bagi membantu menaikkan barang dan beg kami ke atas feri. Mak menerima panggilan dari anaknya Azman.
Leganya dah dapat duduk... selepas ni rasanya nak tidur sekejap menantikan feri tiba di Kuala Perlis... ombak kuat dan bimbang juga saya memandangkan perjalanan kami mengambil masa antara 30 minit hingga 45 minit.
Ammar anak saudara saya yang banyak membantu kami, kalau tidak ada dia agak sukar juga kami terutamanya untuk mengangkat dan menarik beg yang sudah bertambah. Hero kami lah tu...
No comments:
Post a Comment