Kami baru sahaja mendarat di Kuah, saya dan mak baru keluar dari feri Kenangan 6. Kami tiba lebih kurang jam 1.30 tengahari pada 3hb Jun 2012, cuaca boleh tahan panas dan terik, muka dah pucat kerana semua make-up dah luntur. Harap-harap tak sun-burn sudah...
Subhanallah ombak memang kuat dan kami bagai dialun-alun, nasib baik keluarga kami tidak ada yang mabuk. Masing-masing memang dah lapar sangat, selepas Ain ambil kereta, kami bertolak untuk daftar ke resort, tetapi kami sudah tersesat jalan, tidak apa yang nak dikejarkan - kami pun merondalah Pulau Langkawi, untuk tengok-tengok kampong orang.
Dalam kereta masing-masing dah lapar, bayangkanlah kali akhir kami makan adalah lebih kurang jam 7.30 pagi tadi, dan setelah dilambung ombak perut rasa berkeroncong. Selepas meronda pulau ini lebih kurang hampir 1 jam dengan kereta sewa, maka kami singgah di suatu gerai makan bergerak di bawah pokok tidak jauh dari hujung landasan lapangan terbang Langkawi. Lori itu tertulis Laksa Power...
Agak-agaknya mak pun dah rasa lapar kot... tapi bila tanya mak kata belum lapar lagi. Tapi nampak mak dah penat rasanya... tak pe mak lepas makan kita balik ke resort untuk mandi dan berehat.
Kesian Amir, dah lapar agaknya... sabar ya!!
Ini dia rojak Pulau Langkawi... sedapnye.....
Yang ni adalah Laksa power dan juga Cendol pulut... semuanya serba sedap
Masa makan masing-masing diam, mungkin sedang menikmati makanan yang dah dipesan atau mungkin melayan perut.
Kami semua setuju bahawa makanan yang dihidangkan di sini memang sedap, walaupun hanya di bawah pokok tetapi rojak, laksa dan cendol memang sangat sedap ditambah pula dengan tiupan bayu laut yang sungguh membuat kami mengantuk. Kena bawa Shima dan Ammar makan di sini esok.
Saya dah kenyang..... mata dah berat
No comments:
Post a Comment