Apabila tiba sahaja di Padang Besar (PB).... hampir jam 2 lebih masing-masing mengeluh kerana dan kelaparan. Selepas Cikgu Mawi dan rakannya menurunkan kami di kawasan bazar di PB, kami mencari tempat makan dulu.
Tanpa banyak argument kami memilih gerai pertama yang kami jumpa dan hidangannya bolehlah tahan. Antara menu yang dipamirkan adalah pulut durian dan pulut mangga. Jadi kami memesan 2 minggan pulut durian di samping makanan lain. Memang sedaplah pulut durian ni. Cara nak buatnya tentu senang, melihat kepada apa yang dihidangkan kita hanya perlu masak pulut (kukus) dengan garam sahaja rasanya, santan, dan durian. Yummy..
Di sini kami juga terjumpa dengan air dalam botol yang mungkin dikilangkan oleh orang melayu sebab nama produk itu MAK SURI. Saya cuba ice-cream soda - rasanya ok ok sahaja dan tidak manis sangat.
Shima, Ain dan Norainee sedang menunggu makanan tiba.. senyuman palsu tu...
Selepas meronda di kedai-kedai dan bazar - pada pandangan saya harga barang-barang di sini boleh tahan mahal.. kalau dibandingkan dengan harga barang-barang di KL masa offer jauh lebih murah.
Mak beli baju sehelai....
Mak dan Shima sedang bercerita pasal nak beli lagi ke???
Sedihnya... saya jadi juru kamera - tak delah foto saya kat sini....
No comments:
Post a Comment