10 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 5 - Kuala Perlis

Kami tiba di Kuala Perlis dari Stesen Keretapi Arau lebih kurang jam 10.00 pagi pada 3hb Jun. Sebaik sahaja tiba, kami longgokkan beg-beg di suatu tempat. Ain dan Norainee ke kaunter jualan tiket feri. Ikut kata mereka barisan cukup panjang untuk mendapatkan tiket. Ramainya umat manusia di Kuala Perlis kali ini, terutamanya di dalam dewan menunggu feri ke Pulau Langkawi. 
Ramai sungguh sehinggakan 10 minit pertama kami terpaksa berdiri terpacak kerana tiada tempat duduk.

Kesian saya melihat mak saya terpaksa berdiri lama. Alhamdulillah, tiba-tiba ada 1 kerusi untuk mak duduk, walaupun tempat duduk mak jauh sedikit dari kami yang masih berdiri, tapi saya boleh nampak mak dengan jelas. 
Saya lihat mak dah mula berbual-bual dengan beberapa orang penumpang lain yang hampir sama umur dengan mak. Entah apa yang dibualkan mereka. Memang tidak dinafikan mak memang pandai dan cepat dapat kawan kerana mulutnya ramah dan hatinya baik. Kebanyakan wanita yang berumur di dewan ini saya lihat agak keletihan dan jemu, tetapi apa yang kami nak lakukan kerana ini adalah prosedur yang terpaksa kami lalui.
Selepas 2 buah feri jam 10.00 belayar ke Langkawi, barulah kami dapat duduk... masa ini banyak tempat duduk, jadi kami kumpulkan beg-beg berhampiran tempat duduk kami kerana kami terpaksa menunggu feri agak lama juga, iaitu sehingga jam 11.30 pagi. Keadaan yang sesak dengan ramai orang memungkinkan beg-beg mudah hilang dari pandangan.. ingat sebelum kehilangan.
Penat dan letih....Apa nak buat terpaksalah kami tunggu...Foto di atas Amir dan Norainee nampak dah keletihan je... senyum pun ala kadar sahaja... maklumlah dari pagi kami tidak mandi lagi, kalau badan terkena air mungkin juga tubuh rasa segar sedikit.


Pada 4hb Jun Shima dan Ammar juga menghadapi masalah yang sama kami hadapi, iaitu manusia yang terlalu amai di jeti Kuala Perlis. Sebaik sahaja Shima dan Ammar tiba dari Stesen Keretapi Arau selepas dihantar oleh kawan Cikgu Nasri, Shima terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket feri... tetapi nasib dia sangat baik, tiba-tiba ada seseorang menjualkan 2 keping tiket feri ke Pulau Langkawi yang akan bertolak pada jam 9.30 pagi. Maka tidak lamalah mereka menunggu... hanya lebih kurang  10 minit sahaja. 
Kalau tidak feri yang sepatutnya Shima dan Ammar naik adalah jam 11.00 pagi sama seperti masa feri yang kami ambil semalamnya. 


Saya menjangkakan mungkin Shima akan rasa bahawa feri yang dinaikki oleh mereka bergerak terlalu lambat kerana perasaan yang tidak sabar untuk mendarat di Pangkalan Feri Kuah..... ha... ha.. ha...


Shima dan Ammar sempat bergambar di hadapan feri yang dinaikki oleh mereka.

No comments: