02 June 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar





Maksud Surah Al-Kautsar Ayat 1-3:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). 
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Surah Al Kauthar merupakan surah ke-108 dalam Al-Quran. Surah ini surah yang paling pendek, iaitu hanya mengandungi 3 ayat. Sura ini diturunkan di Makkah dan memperihalkan tentang sungai yang ada di syurga. Kolam sungai itu diperbuat daripada batu permata yang sangat indah dan cantik. Manakala rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati kepada Nabi Muhammad s.a.w.; ia  diturunkan ketika baginda Rasulallah sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh menjadi ikutan kita untuk diamalkan:-


1.  Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

3 comments:

Anonymous said...

Amazing! This blog looks exactly like my old one!

It's on a completely different subject but it has pretty much the same layout and design. Great choice of colors!

Also visit my site: Ohio Moving

Unknown said...

Subhanallah..ilmu yang berguna

Unknown said...

Subhanallah