27 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 30 - Empangan Timah Tasoh

Sebaik sahaja mendarat di Kuala Perlis, Cikgu Mawi sudah ada menunggu dengan seorang lagi pemandu teksi. Memandangkan tiket keretapi kami balik ke lokasi kami masing-masing lambat lagi, iaitu jam 7.00 malam, maka Cikgu Mawi mencadangkan supaya kami bershopping dulu di Padang Besar.

Dalam perjalanan ke Padang Besar, Cikgu Mawi berhenti sebentar di Empangan Timah Tasoh. Banyak kali juga saya mendengar mengenai empangan ini terutamanya 2 tahun lepas di mana kawasan utara tanah air telah di tenggelami oleh banjir yang diakibatkan oleh air empangan ini dilepaskan.

Luas juga empangan ini, dan empangan ini telah membentuk suatu muka bumi yang cantik. Terbentuk beberapa pulau kecil di tengah dan tepi tasik di mana dulunya pulau-pulau ini adalah puncak bukit. 3 foto di atas kalau dicantumkan kawan-kawan dapat melihat gambaran besar tasik di sebelah sini.

Ewah 3 wanita jelita dengan senyuman masing-masing
Shima, saya dan Ammar berlatarbelakngkan banjaran Titiwangsa yang sungguh indah. Maha suci allah dengan kebesarannya mencipta bumi ini sayangnya kita manusia yang bakal memusnahkannya. Walau apa pun saya gembira berada di sini.

Hai... cerita apa tu...

Saya cerita sikit mengenai Tasik Timah Tasoh, tasik ini terletak di dalam Negeri Perlis, dulunya kawasan tasik ini adalah perkampongan tetapi kini iaya telah menjadi kawasan takungan air. Tasik ini terbina di sepanjang Sungai Korok di Berseri, iaitu kira-kira 2.5 km di pertemuan Sungai Timah dan Sungai Tasoh, jadi kawan-kawan dapat melihat sendiri dari mana datangnya nama Timah Tasoh.

Keluasan tasik ini adalah lebih kurang 13.30ha setelah sungai-sungai di atas mengumpulkan air di satu empangan yang dibina pada tahun 1987. Kalau kawan-kawan dapat menghadirkan diri di empangan ini kita dapat melihat Bukit Chabang menagnjur ke utara dan Bukit Nakawan menganjur ke selatan membentuk latar belakang yang ini.


Tasik boleh menampung kira-kira 35300000 liter air pada satu-satu masa dan empangan ini juga merupakan sumber air keperluan rakyat di negeri ini dan negeri berhampiran. 
Foto di atas 2 anak bujang kami Ammar dan Amir.
Tasik Timah Tasoh yang indah ini juga merupakan santuari bagi burung-burung hijrah terutama dari negara-negara sejuk kerana tasik air tawar ini dan persekitaran semulajadinya menawarkan habitat yang lengkap termasuk menyediakan makanan yang diperlukan dengan perlindungan bagi burung-burung ini.

Di samping kegunaannya sebagai empangan dan tempat persinggahan sementara bagi burung-burung hijrah, tasik ini juga telah dikenal pasti sebagai tapak yang sesuai bagi pembiakan ikan dan lain-lain projek akuakultur.


No comments: