08 June 2012

Pesanan Ustaz Don

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)



Tetapi tidak ramai manusia yang sedar bahawa setiap hari kita melangkah menuju ke kubur, selepas itu kita akan dibaringkan ke dalam liang lahat milik kita seperti yang digambarkan di atas. Hanya kain putih yang murah sahaja yang kita bawa bersama pahala-pahala dan dosa-dosa, semoga kita hanya membawa pahala-pahala sahaja dan mudah-mudahan kubur kita menjadi antara taman-taman syurga sementara menunggu masa utuk dibangkitkan semula.

No comments: