Terfikirkah kita bahawa kejadian tersebut berlaku bukan secara sengaja sebaliknya ada sebab musabab mengapa ia berlaku. Seperkara lagi ianya berlaku tentu ada yang menjadikannya. Bagi kita orang Islam kita sangat percaya bahawa itu semua adalah kehendak Allah dan balasan atau amaran dari Allah. Sebagai orang yang beriman petunjuk-petunjuk dari Allah tidak sepatutnya dipandang sepi.
Sama seperti negeri kaum Nabi Lut yang Allah timpakan musibah, begitu jugalah yang berlaku kepada bumi Pompeii ini dalam sekelip mata segala yang dibina musnah dan hancur berkecai.
Seperti apa yang Allah lakukan kepada Firaun, juga Allah tinggalkan bekas kota dan penduduk Pompeii untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada manusia selepas mereka. Pompeii adalah sebuah kota kuno yang terletak di sebelah selatan negara Itali dan di sebelah tenggara negara Naples.
Mengikut sejarah, kota ini diasaskan pada abad ke6 SM. Penduduk di sini berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Oscan, mereka dari keturunan penduduk Neolitik Campania. Mengikut sejarah, Pompeii adalah di bawah pengaruh Greek dan Etruscan dan kemudian ianya telah diduduki oleh Samnites, iaitu puak Italic pada SM Abad ke-5 lewat. Berikutnya pada 80 SM Pompeii telah bersekutu dengan Kerajaan Rom. Masyarakat Pompeii adalah penyembah dewa Phalik.
Bandar ini telah mengalami kerosakan yang teruk oleh kejadian gempa bumi pada tahun 63 Masihi manakala pada tahun 79 seluruh bandar ini sama sekali hancur binasa oleh letusan Gunung Vesuvius . Puing gunung berapi dimengkebumikan bandar berserta dengan penduduk-penduduknya sekali. Runtuhan dan kemusnahan ini terbenam selama bertahun-tahun lamanya. Pada tahun 1748 satu aktiviti penggalian arkeologi telah dimulakan dan mendedahkan banyak perkara yang selama ini tertimbus, antaranya adalah bandar-bandar, termasuk forum, kuil, tempat-tempat mandi awam, teater, dan beratus-ratus rumah-rumah persendirian.
Seni yang disalah gunakan... kenapa?? |
Hari kebinasaan itu telah berlaku pada 24 Ogos iaitu sehari selepas Vulcanalia, iaitu perayaan dewa Rom api yang juga berasal dari gunung berapi. Kekawan cuba ingat semula, apabila Allah hendak menurunkan musibah tentu manusia telah lakukan sesuatu yang sangat tidak patut terhadap Pencipta iaitu Allah. Ingat apa terjadi semasa zaman Nabu Lut, Bandar Aceh baru-baru ini, sedikit amarah Allah di Kota Kinabalu beberapa tahun dulu, itulah yang sebenarnya terjadi... iaitu amaran dan hukuman Allah... maka ingatlah kekawan apa sahaja yang hendak kita lakukan perlulah kita fikirkan dahulu jangan sekali-kali sehingga kita mensyirikkan Allah.
Kejadian letusan gunung berapi itu terjadi secara tiba-tiba. Lava engalir deras menuju ke bandar di kaki gunung itu manakala awan hitam mewakili taburan abu dan batu-batu kecil melonjak ke udara dan turun ke bumi dengan lajunya. Tidak dapat dibayang kemusnahan yang bakal berlaku. Kebanyakan kajian pelbagai disiplin volcanological dan bio-antropologi yang berbuktikan kepada produk letusan dan mangsa, bergabung dengan simulasi dan eksperimen berangka, menunjukkan bahawa apa yang berlaku pada Vesuvius dan isi kandungannya disebabkan oleh haba yang ekstrim panasnya. Saintis percaya penyebab utama kematian penduduk di situ ialah kerana haba/ wap panas yang mencapai hingga 250oC (sekitar 10 batu radius daripada gunung berapi Vesuvius) dan juga sesak nafas akibat abu gunung berapi.
.
Hasil kajian yang diterbitkan pada tahun 2010, menunjukkan bahawa pendedahan kepada sekurang-kurangnya 250°C haba panas luruan pada jarak 10 kilometer dari bolong adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian serta merta, walaupun seseorang itu terlindung dalam bangunan. Rakyat dan bangunan Pompeii telah diliputi abu dan lava yang dalamnya hingga dua belas lapisan yang berbeza tephra dengan jumlah kedalaman 25 meter, dihujani oleh abu, batu gunung berapa dan lava. Keadaan terburuk dicatatkan apabila mangsa tertimbus di bawah 12 lapisan tanah, sehingga kedalaman 82 kaki secara total, yang berlaku sekurang-kurangnya dalam masa 6 jam.
Patung ukuran yang tidak bermaruah |
Walau bagaimanapun, penggalian arkeologi Pompeii mencadangkan bahawa kota itu dikebumikan kira-kira tiga bulan kemudian.
Ramai yang telah sedia maklum akan kota yang bergelar Pompeii bertamadunkan Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius. Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. Sebuah “badai” stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh seluruh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Mengikut sejarahwan selama 2 hari letusan itu berlaku.
Salah satu manusia yang mati mengejut ditimpa lava |
Bukan setakat kemewahan dan keselesaan hidup sahaja, malahan kota ini juga telah dirosakkan dengan perkembangan tabiat-tabiat luar tabii, pertumbuhan pusat hiburan serta pengamalan pornografi kuno, rumah-rumah pelacuran tumbuh bagaikan cendawan selepa hujan dan disediakan untuk memenuhi setiap selera penduduk Pompeii. Bolehlah dikatakan kerosakan umat manusia berlaku hampir di setiap ceruk kota ini. Akhirnya kemewahan dan kekayaan kota indah ini berakhir dengan ditenggelami oleh abu, batuan dan lava yang membeku hanya dalam masa beberapa jam sahaja.
Pada hari kejadian, sama sahaja seperti hari-hari lain di Pompeii, seperti kebiasaan penduduk kota ini bangun pagi untuk memulakan rutin seharian, sambil menikmati makan tengahari seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan dilanda musibah yang akan merangut nyawa mereka semua, apatah lagi dikejutkan dengan letusan gunung berapi. Lava gunung berapi yang bergerak 10 mph dengan letusan-letusan berterusan selama 24 jam, menyebabkan penduduk Pompeii terperangkap dan tidak mampu berbuat apa-apa, sekalipun untuk menyelamatkan diri dan keluarga.
Menurut Pliny, seorang saksi yang terselamat menceritakan, abu, asap tebal dan awan berwarna gelap pekat menyelubungi bumi Pompeii seumpama banjir yang besar. Mereka berusaha melarikan diri walaupun keadaan gelap tanpa cahaya. Keadaan ketika itu, sangat gelap, yang mana bukan gelap malam tanpa bulan, tetapi digambarkan seperti kegelapan di dalam bilik tertutup tanpa sebarang cahaya.
Mengikutnya lagi teriakan perempuan boleh didengari di mana-mana sahaja, tangisan bayi, dan jeritan lelaki, ada yang memanggil-manggil ibu-bapa mereka, mencari-cari anak dan isteri serta masing-masing cuba mengecam dan mencari saudara mara masing-masing dengan hanya menggunakan suara sahaja. Mereka meratapi kehilangan keluarga, dan tidak kurang juga memohon untuk mati pada ketika itu juga, kerana tidak sanggup berhadapan dengan bencana yang menimpa. Ada yang memohon pertolongan dewa, dan sesetengahnya sudah hilang kepercayaan kerana telah tenggelam dalam kegelapan yang dasyhat itu.
Keadaan ketika kejadian itu penuh dengan kebimbangan, ketakutan dan kesedihan dan penduduk Pompeii tidak dapat berbuat apa-apa kerana kematian berada di depan mata masing-masing, tiada tempat untuk mereka melarikan diri. Apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika itu, telah terawet dengan sempurna dalam timbunan abu dan lava yang membeku. Bukti kejadian ini telah memberikan peluang kepada para arkeologi untuk menghasilkan timeline yang sempurna tentang peristiwa tersebut, dan dengan artifak ini lebih memudahkan mereka membuat kajian tentang sejarah dan peradaban pada zaman itu.
Foto sebelah dipercayai seekor anjing yang dirantai di luar Dewan Vesonius Primus.
Pompeii menjadi penempatan kepada seramai 20,000 penduduk. Peristiwa ini berlaku pada saat kota ini di puncak kemewahan, penduduk kota ini juga sudah teramat biasa dengan gegaran-gegaran gempa bumi dan letusan kecil gunung berapa. Malah pada tahun 62 Masihi, gempa bumi telah mengakibatkan kota ini jatuh menyembah bumi, namun mereka membangunkannya semula selepas itu. Kebiasaan itulah menyebabkan mereka menyangkakan letusan yang berlaku seperti hari-hari sebelumnya, dan langsung tidak mengambil berat serta tidak berusaha untuk melarikan diri. Secara ironiknya, letusan itu berlaku selepas pesta meraikan tuhan api, Vulcanalia.
Kelihatan seorang ibu yang cuba melindungi bayinya dalam kandungan daripada abu dan batuan letusan gunung berapi.
Penggalian Pompeii pada sekitar abad ke 20 telah menemukan pelbagai gambar-gambar berunsurkan erotisme, bahkan dijadikan simbol pada barang-barang keperluan seharian. Penemuan ini memberikan perasaan yang kurang selesa kepada mereka yang menemuinya. Barang-barang tersebut ada yang dimusnahkan, ditanam semula dan sesetengahnya disimpan di National Museum of Naples, Italy selama 100 tahun. Barang-barang tersebut hanya dipamerkan bermula tahun 2000, dan kanak-kanak hanya dibenarkan melihatkan sekiranya ditemani golongan dewasa.
Dilapurkan Pompeii membenarkan golongan pelacur menerima bayaran 3 kali ganda secara puratanya berbanding pekerjaan-pekerjaan lain di kota tersebut, dan khidmat seksual boleh didapati dengan murah di Pompeii jika dibandingkan dengan bandar-bandar Eropah lain pada ketika itu. Rumah-rumah pelacuran dibina lebih mewah, selesa dan luas. Kanak-kanak didedahkan kepada kegiatan seksual sejak mereka kecil lagi, malah telah menjadi perkara biasa kerana bagi mereka tuhan kesuburan dan tuhan “phallus” adalah tuhan yang sama.
Perbuatan penduduk Kota Pompeii itu seakan sama dengan perlakuan penduduk Sodom dan Gomorah, di mana perbuatan maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu, ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompeii dan akhirnya Kota Pompeii hilang di telan bumi itulah antara balasan Allah kepada manusia yang dimurkai Allah.
1 comment:
Tidak baik menggunakan kejadian alam semulajadi sebagai kononnya kuasa tuhan islam terhadap bukan islam. Kalau ianya terjadi atas negara atau orang2 islam, apa kata kamu? Kehendak allah kamu? Contohnya aceh? Contohnya kren runtuh di mekah dan ramai mati? Kehendak allah kamu? TIDAK!! Kalau lantang mengatakan ttg hukuman kononnya dari allah islam, maka bencana atas orang islam saya katakan balasan dan amaran dari Tuhan Bukan islam. Kalau lantang komen atas bukan islam maka orang2 islam sendiri harus sedia menerima komen. Alasan menghina islam setiap kali dikomen kami sudah tidak takut dan akan reapon serta bertindak. Islam bukan yg teratas diantara semua agama dan jika tahu hormat akan dihormati juga. Faham ka?
Gaman logiut. Sabah
Post a Comment