02 June 2012

Alam Masyhar

Adakah kita manusia tidak menerima hukum Allah selepas dari kematian? Mungkin ada yang tidak mempercayai akan balasan selepas  dari kehidupan di dunia ini, tetapi bagi muslim kepercayaan ini adalah salah satu Rukun Iman. Alam Masyhar merujuk kepada lokasi yang bukan di bumi, lokasi tersebut adalah di padang yang sangat luas dan putih, keluasannya saujana mata memandang dan tiada hujungnya. Padang ini dikenal sebagai Padang masyhar di mana di padang inilah semua makhluk yang dihidupkan semula oleh Allah selepas tiupan sangkakala kedua ditiup oleh Istafil. Lamanya makhluk berada di alam ini adalah selama 300 tahun di mana 1 tahun di masyhar bersamaan 50,000 tahun di dunia, ubhanallah lamanya..... 


Seperti yang saya sebutkan di atas, Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala yang ditiup oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.

Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah/ Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati di tempat yang lain. Mulalah kita berdoa dan berharap agar dapat dimatikan di bumi-bumi haram itu.

Rasullullah s.a.w  adalah manusia yang pertama sekali dibangkitkan di mana apabila dibangkitkan maka Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.

Di dalam Surah Al-Waaqi’ah, Allah menyebutkan keadaan/ suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga di peringkat awal.

Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).

Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/ sial).

Kemudian Allah menyebutkan di akhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan juga iaitu:

Muqarrabiin.
Golongan Kanan.
Golongan Pendusta Yang Sesat.

Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan di sekeliling Neraka Jahanam seperti firman Allah “Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68.

Titian Siratul Mustakim



Setelah selesai dibicarakan, disoal jawab dan dihisab, maka semua makhluk akan menujuk ke syurga dengan melalui Titian Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba di dasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16.

Kesimpulannya: 



Percahayalah wahai sahabat-sahabatku bahawa mati itu adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat juga adalah benar. Amatlah ruginya jika kita terlalu leka dengan kehidupan dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan, jadikan bumi ini tempat kita membuat sumbangan  terhadap agama Allah semoga ianya nanti akan membantu kita di alam seterusnya. Diceritakan kisah di dalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

No comments: