18 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 14 - Kehidupan Laut Yang Unik - Box Fish

Ini sejenis ikan laut, yang menyerupai ikan buntal rasanya... yang sebenarnya saya sendiri pun tidak pernah melihat ikan buntal tetapi mengikut kata orang ikan buntal rupanya seperti juga ikan biasa tetapi apabila mempertahankan diri dia membuatkan badannya bulat.

Rasanya ikan ini sejenis dengan ikan buntal kot.... ikan ini serupa dengan kotak... jadi nama dia ikan kotaklah (box fish) ikan ini tidak besar sangat dan dia comel sekali terutamanya apabila dia bergerak. 

Kan rupa dia macam kotak... betul kan? Kalau nak tengok dia bergerak... tengoklah video di bawah ini, tetapi kena tolong perlahankan suaranya kerana terlalu bising. Selamat menonton



No comments: