Cantik sungguh ciptaan Allah... perlahan-lahan matahari yang tadinya begitu terang dan panas menghilangkan diri di kaki langit seperti menyembungikan diri di dalam laut.
Bot dan kapal-kapal kebanyakkannya sudah berhenti belayar dan yang ada pun hanya menyusuri pantai Langkawi untuk mendarat. Mengikut jam saya masa ini baru sahaja jam 6.40 petang.
Semakin lama memerhatikan pergerakan matahari, semakin insaf saya bahawa kita manusia memangnya insan yang sangat kekurangan. Kalau di Kuala Lumpur saya sibuk dengan kehidupan seharian sehinggakan saya jarang dapat memerhatikan kejadian Allah, tetapi masa ini sangat berbeza.
Bila hari makin gelap, pemandangan yang indah dan jelas menjadi lebih indah atau mungkin menjadikan lebih menakutkan. Rupa-rupanya banyak hikmahnya hari malam. Allah menjadikan malam untuk manusia berehat dan untuk recharge tenaga untuk memulakan kehidupan hari berikutnya.
Tetapi yang sebenarnya malam juga adalah masa untuk kita beramal kepada Allah dengan lebih ikhlas dan tawaduk lagi. Terus terang saya jarang sekali boleh terjaga malam untuk beribadat... ingatan memang ada tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Iman saya masih sangat lemah.
Langkawi bumi bertuah ciptaan Allah, berbagai legenda disebut orang ramai... entah betul entah tidak hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment