01 June 2012

Tulang Sulbi..... Sudah Ditemui Oleh Sains Moden??

Subhanallaah …. akhirnya sains moden menemui juga kisah mengenai tulang sulbi.


Apa dia tulang sulbi???? lihat kepada foto di sebelah dalam bulatan merah itulah tulang sulbi. Kenapa tulang ini menjadi isu... sebabnya melalui tulang inilah nanti semua manusia akan dihidupkan semula selepas tiupan sangkakala ke 2 (melainkan para nabi dan rasul Allah di mana jasad mereka tidak dijamah oleh tanah, bermaksud jasad mereka utuh sehingga hari akhirat). Untuk menerangkan penemuan oleh sains moden jom baca artikel di bawah.

Rahsia kebenaran Al Qur’an terungkap lagi, pelbagai perkara telah ditemukan dan terus ditemukan satu lepas satu yang lain.

Hari kebangkitan adalah hari 
menjelang, pada hari ini seluruh umat manusia akan dihidupkan kembali oleh Allah SWT. Bayangkan sebilion-billion umat manusia semenjak Nabi Adam as diturunkan sehinggalah tiupan sangkakala pertama ditiup. Usahlah berfikir secara lojik kerana ianya memang tidak masuk akal orang. Kerana selama kita hidup di dunia ini belum pernah seorang pun yang telah meninggal dunia akan kembali semuala ke dunia. Bagaimana tulang-belulangnya sudah hancur boleh tumbuh semula? Kita pun selama ini hanya iman saja atas kekuasaan Allah dan keterangan ayat Qur’an yang dijamin kebenarannya. Kini, terungkap sudah, ilmu bisa menjelaskannya. Rahsianya ada pada tulang ekor manusia!! Subhanallah …!! 

Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak di bahagian pinggul. Daripada Abu Hurairah r.a menyampaikan bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah). Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:

1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.

2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.

3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

“Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiann
ya; ia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?” Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk” (Surah Yasin : 78-79).

Seorang ilmuwan Jerman yang bernama 
Han Spemann, yang dianugerahkan hadiah nobel bidang kedoktaran pada tahun 1935. Dalam penelitiannya ia dapat membuktikan 
bahawa apa yang dinyatakan di dalam A Quran itu adalah benar di mana asal mula kehidupan adalah tulang sulbi. Darinyalah makhluk hidup bermula. Beliau telah membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajiannya, dia memotong tulang tulang sulji dari sejumlah haiwan melata, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur, memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa se-sel2 tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup, utuh seperti biasa dan diberitakan lalu beliau mengimplantasikan ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi itu tumbuh sebagai janin kedua di dalam janin tuan rumah. Untuk itulah Han menyebutnya dengan The Primary Organizer atau pengorganisir pertama. 



Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekali pun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Maka tidak usah disangsikan bahawa manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam Al-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27). SUBHAN

ALLAH…

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz-Dzariyaat :20-21)[]

Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah: “Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang sulbinya, dari tulang silb ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”

Al Qurtubi di dalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955. Sahabat bertaya Nabi s.a.w ” Apakah tulang sulbi wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi s.a.w "Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” - Riwayat Ahmad.

Wallahu a'lam dan semoga makluman ini bermanfaat untuk semua yang membacanya.....

Sumber: www.facebook.com/pages/SAYA-CINTA-ISLAM

3 comments:

SHEEFA said...

salam....saya suka blog anda
banyak informasi saya baca

SHEEFA said...

AsSalam,
saya suka blog puan.
banya ilmu yang saya baca.

terima kasih

sheefa said...

Saya suka blog anda...
banyak informasi yang
di kongsi ....
terima kasih