Kononnya ini teori sangkakala |
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala pertamanya (bentuk apa agaknya... adakah berbentuk tanduk atau bentuk corong) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk yang masih ada di alam semesta ini akan mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya mencabut nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman maksudnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun alam semesta menjadi bisu dan hening, maka Allah menghidupkan kembali Malaikat Israfil, seterusnya Israfil meniup semula sangkakala buat kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi yang putih yang dikenali sebagai padang Mahsyar (seumpama padang Arafah ketika amalan haji di Mekah). Padang Masyar adalah padang yang rata saujan mata memandang dan tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup semula melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” (tulang sulbi) yang berada di hujung tulang belakang mereka. Maka bangkitlah manusia dan jin umpama anak taugeh yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Namun begitu keadaan membuatkan mereka tidak rasa malu kerana masing-masing sangat takut dan bimbang akan nasib dan masa depan yang bakal mereka hadapi.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau semua manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa) nauzubillah. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap makhluk sibuk memikirkan hal nasib masing-masing.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, Allah menghapuskan cahaya matahari dan bulan, lalu tinggallah mereka dalam kegelapan tanpa cahaya dan berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Sekonyong-konyong langit yang tebal, pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kali ini muncul matahari tetapi dengan kepanasan yang berganda-ganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasa kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan ini berlanjutan sehingga 1000 tahun. Subhanallah amat menakutkan.
Walau bagaimanapun terdapat sebuah perigi kepunyaan Nabi Muhammad SAW dengan bernama Al-Kausar yang hanya boleh diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaga perigi tersebut. Barang siapa yang dapat minum air dri perigi itu, dia tidak akan kehausan selama-lamanya. Perigi ini berbentuk segi empat tepat dan sebesar satu bulan perjalanan. Semoga kita dan keluarga kita mendapat minum dari perigi ini, insyaallah. Bau air perigi ini jauh lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk yang berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy, semoga kita dan keluarga kita adalah dari salah satu golongan ini - insyaallah. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Disebabkan tersangat lama menunggu di padang mahsyar tanpa mengetahui untuk berbuat apa melainkan mereka yang beriman, maka mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Nabi pertama yang ditemui oleh kumpulan manusia ini adalah Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan terhadap Allah SWT.
Maka kumpulan manusia itu berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan jawapan seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa dengan Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi ke satu nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Setelah bertemu dengan Rasulallah SAW, maka berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan Allah akan doa baginda SAW.
Selepas itu, terdengar pula bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah langit, turunlah Arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba di Padang Masyhar.
‘Arasy’ ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. Manakala Kursi pula adalah jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
Seluruh makhluk menundukkan kepala kerana ketakutan. Lalu dimulakan timbangan amal bagi semua makhluk, ketika inilah berterbangan kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa ada kesilapan walau sedikit pun seterusnya kitab-kitab itu tergantunglah sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/ Raqib: Atid/ Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Begitu juga dengan orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda tersendiri untuk dibezakan mereka dari golongan lain.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sebaliknya hukuman pertama yang diputuskan adalah perbutan mengenai pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang untuk dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab setelah dihisab lalu kitab diserahkan kepadapemilik, orang mukmin menyambut kitab mereka dengan tangan kanan manakala orang bukan mukmin menerima kitab mereka dengan tangan kiri. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka dengan menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Mengikut kajian beberapa scolar Islam, acara ini nanti disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang disyaratkan adalah Islam. Jika seseorang itu bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang tetapi amalan buruknya tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
Ada pun syafaat Nabi Muhamad SAW adalah untuk beberapa perkara di Padang Masyhar, iaitu:
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Walau bagaimanapun semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT jua adanya.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 yang lain.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada makhluk untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan menyeberangi titian sirat.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi jambatan Siratul Mustaqim, jambatan (titian) ini yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan untuk menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Nauzubillah... mohon dijauhkan Allah hambamu ini dari api neraka dan permudahkanlah hamba dan keluarga hamba menyeberanginya nanti.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 makhluk yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 lagi akan terjatuh ke dalam neraka.
Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Saya hanya menyampaikan dari apa yang saya baca dan ketahui, sesungguhnya ingat-mengingati adalah tanggungjawab sesama insan. Saya amat berharap apa yang saya tuliskan di sini semuanya diadun dari beberapa kitab, buku dan usrah. Semua yang baik dan benar itu datang dari Allah manakala yang salah itu datangnya dari saya sendiri. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan.
Saya sedari akan beberapa ayat yang menjadi pedoman saya, iaitu:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong”. (An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Berpesan-pesanlah sesama insan seperti mana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"; dan
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/ amal jariahnya.
2. Doa anak-anaknya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman maksudnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Satu lagi teori saintis. etapi Allah Maha Mengetahui |

Beginikah keadaannya Titian Sirat |
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi jambatan Siratul Mustaqim, jambatan (titian) ini yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan untuk menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Nauzubillah... mohon dijauhkan Allah hambamu ini dari api neraka dan permudahkanlah hamba dan keluarga hamba menyeberanginya nanti.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 makhluk yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 lagi akan terjatuh ke dalam neraka.
Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Saya hanya menyampaikan dari apa yang saya baca dan ketahui, sesungguhnya ingat-mengingati adalah tanggungjawab sesama insan. Saya amat berharap apa yang saya tuliskan di sini semuanya diadun dari beberapa kitab, buku dan usrah. Semua yang baik dan benar itu datang dari Allah manakala yang salah itu datangnya dari saya sendiri. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan.
Saya sedari akan beberapa ayat yang menjadi pedoman saya, iaitu:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong”. (An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Berpesan-pesanlah sesama insan seperti mana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"; dan
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/ amal jariahnya.
2. Doa anak-anaknya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment