Sejarah tanah Melayu adalah sejarah yang sangat panjang, namun memang sangat sukar untuk mencari punca dan kesinambungan sejarah Melayu. Saya terjumpa dengan artikel dari Srikandi yang pada anggapan saya seorang yang pakar juga dalam sejarah. Jom kita baca.
Satu-satunya rekod yang ada tentang keluarga ini adalah dari catatan era Dinasti Sui. Namun pencatat imperial China itu bukan mencatat tentang Sriwijayamala, sebaliknya dia ingin mencatat tentang kerajaan Chih-tu.
Kerajaan Chih-tu (Tanah Merah) adalah kerajaan yang misteri di mana sejarahnya memang 'cross-reference' dengan sejarah Khmer dan Funan. Namanya kedengaran sejauh Chiang Mai di utara Thailand dan persisiran pantai Kedah.
Yang peliknya, tiada seorang pun pengamal sejarah terutamanya sejarah Melayu yang mengkaji dan mengumpul maklumat tentang kerajaan purba ini. Kita perlukan inisiatif dari pengamal sejarah Kelantan kerana setakat ini, teori yang paling terbaik menceritakan kedudukan kerajaan ini ialah terletak di Kelantan.
Sejarah negeri Kedah dan Kelantan amat penting kerana mereka dapat menghubungkan sejarah Melayu yang hilang di sebelah sana; yang telah menjadi sebahagian dari Thailand.Sejarah Melayu di Indochina amat tua, setua tamadun Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di Thailand.
Jika orang Melayu di sebelah pantai barat dan Selat Tebrau bercampur dengan kaum-kaum seperti Jawa, Bugis, Minang dan sebagainya, orang Melayu di utara Semenanjung dan Segenting Kra bercampur dengan kaum-kaum seperti Mon, Khmer, Thai, Lao, Burma, Pyu, Dai-Viet dan Cham.Ini adalah keunikan kepada orang-orang Melayu di sana.
Raja-raja Melayu purba campak di mana-mana sahaja, mereka pasti akan 'survive' dengan membina pelabuhan dan perdagangan dan membina kekayaan melalui rangkaian maritim. Kita ambil contoh raja-raja Brunei yang 'survive' di tengah-tengah hutan rimba di Sarawak yang luas, raja Temasek yang membina pelabuhan di Singapura Lama dan raja Melaka yang membina pelabuhan dan berkembang maju dengan cepat.
Pemimpin-pemimpin Melayu sekarang perlu banyak belajar dari moyang mereka cara menguruskan bukan setakat negara, tetapi sebuah empayar yang mengandungi 15 koloni terkaya di Asia Tenggara menurut catatan Chao Ju Kua (Zhou Rugua) dari dinasti Song.
Sumber : ~Srikandi The Elve of History
No comments:
Post a Comment