04 January 2011

Pemeriksaan Kesihatan Emak


Hari ini Mak ada pemeriksaan kesihatan berjadual di Klinik Selandar. Kami bertolak dari rumah jam 7.20 pagi tapi singgah sekejap di Pusara Ayah untuk sedekahkan Al-Fatihah. Selepas tu terus ke Klinik. Hari Selasa klinik tak ramai orang, jadi setiap kaunter tidak lama menunggu hanya untuk jumpa doktor terpaksa tunggu lama sikit. Kebanyakan pemeriksaan yang mak lalui ok saja... Memandangkan mak masih lagi berpuasa, jadi doktor minta mak diambil darah untuk dianalisis. Alhamdulillah walau bagaimanapun doktor bertugas minta mak lakukan x-ray kerana batuk mak tak baik-baik walaupun sudah hampir 3 - 4 bulan.


Esok kami akan ke Klinik Pesakit Luar Hospital Jasin untuk ambil x-ray dan periksa mata mak pulak. Selepas itu, filem x-ray dan keputusan pemeriksaan mata perlu dihantar semula ke Klinik Selandar, laporan itu mungkin untuk pemeriksaan yang akan datang. Pemeriksaan mak yang akan datang adalah pada 25 April 2011 hari Isnin pagi. Nampaknya kena ambil cuti lagilah saya, kurang-kurangnya seminggu.

Berbaloi betul cuti kali ni, hampir setiap hari ada sahaja urusan untuk mak dilakukan, tetapi rasa sangat penat kerana cuaca di Daerah Jasin ni sangat panas. Rupanya mengikut jiran-jiran dan saudara mara dah lama tak hujan. Patutlah..... Terfikir pulak oleh saya.... camna saya nak kerja di Jasin yang panas ni??????????????? Tapi mengikut peribahasa Melayu Alah Bisa Tegal Biasa maknanya lama-lama nanti oklah tuuuu.......

Mak belanja makan tengahari kat Selandar.

kesal kerana internet sini slow macam siput babi....dah banyak kali upload gambar tapi gagal.... tunggu i tiba kl lah nampaknya.

2 comments:

Wali Macap said...

Assalamulaikum Kak Deny.

Banyak perkhidmatan yang dapat Kak Deny berikan sepanjang cuti 1 mingu Kak Deny tempoh hari. Hanya Allah saja yang akan membalasnya kerana sudah tentu usaha Kak Deny itu menggembiran hati emak dan balas orang yang menggembirakan hati orang lain tak lain selain dari syurga, ini pula ialah ibu yang mana syurga di bawah kakinya. Semoga Kak Deny akan diberkati Allah selalu.


Secara peribadi ena amat percaya yang semua anak-anak emak tidak putus-putus mendoakan keselamatan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran emak. Itupun yang diminta oleh emak. Di samping itu marilah kita bersama-sama mendoakan agar permohonan kita itu dipanjangkan kepada semua adik-beradik kita dan berharap agar emak akan sentiasa dilindungi, dipelihara, dijauhi dan diselamatkan dari mala petaka samaada yang dirancang oleh jin, syaitan mahupun manusia.

Satu perkara yang ena amat hargai usaha Kak Deny ialah memberitahu kitaorang tentang apa yang Kak Deny usahakan. Dan yang lebih menarik lagi ialah bila ada disertakan gambar. Jadi dapatlah ene menatap wajah emak yang tercinta sepuas-puasnya. Ena harap Kak Deny akan meneruskan dan ena adalah salah seorang yang akan membacanya. Untuk adik-beradik yang lain termasuk ena, ena berharap agar usaha Kak Deny ini akan menjadi contoh.

Sedang asyik membaca coretan Kak Deny, ena tergelak besar bila Kak Deny kata internet service di Felda slow macam siput babi.... ena tergelak seorangan beberapa kali. Kesian nasib siput babi kerana menjadi contoh bagi sesuatu perkara yang slow..... he..he... he..

Unknown said...

Makasihlah Man, ini je caranya akak nak catatkn peristiwa penting di samping dapat memberi tahu kepada semua 'peristewa hari ini', jadi apa yang utama bagi yang lain-lain ialah baca dan komen je. Emak pun dah tau yang akak selalu repotkan semua kejadian kepada semua (termasuk semua yang membaca). Selain dari mengetahui apa yang terjadi ianya juga boleh dijadikan panduan dan ikhtibar dalam hidup masing-masing.

p/s Man, nak buat macam mana kalau yang paling slow memang siput babi... ada ke siput lain?????