Pernahkah anda semua mendengar nama Auj bin Unuq?. Jika belum pernah jom berkongsi cerita mengenai Auj.
Auj bin Unuq adalah manusia yang hidup sehingga berumur 4,500 tahun. Allah menjadikan dia mencapai ketinggian tubuh badannya melebihi manusia biasa, dikatakan jikalau dia berdiri semasa banjir besar yang berlaku di zaman Nabi Allah Nuh as hanya mencecah lututnya sahaja. Tinggi tubuhnya adalah 23.330. hasta. Ukuran setiap jari tangannya ialah tiga hasta. Ketika berdiri, awan berada di sekitar pingggulnya. Seluruh binatang takut padanya. Mereka akan lari ketakutan begitu melihat Auj bin Unuq.
Ketinggiannya adalah menunjukkan betapa berkuasanya Allah untuk menjadikan seseorang walaupun kedua ibu bapanya mempunyai ketinggian yang biasa pada zaman itu. Dengan umurnya sehingga 4,500 tahun, Auj telah hidup di zaman beberapa orang nabi, iaitu di zaman datuknya Nabi Adam, Nabi Nuh dan sehingga ke zaman Nabi Musa as.
Dikisahkan bahawa Auj tinggal di gunung, apabila dia merasa lapar, dia akan perlu menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Dan apabila dia marah kepada sesebuah negeri, maka dia akan mengencingkan negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya. Kelebihan ini menyebabkan dia berasa bongkak dan sombong.
Semasa Nabi Musa as bersama kaumnya tersesat di sebuah kebun teh, Auj berhasrat untuk membinasakan Nabi Musa as bersama kaumnya itu. Kemudian dia telah pergi memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., dan dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempat tinggalnya. Dia telah mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat Auj mencampakkan gunung-gunung yang dijunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang di junjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang di junjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup kehilangan berlian itu dan terus menerus menjunjung gunung-gunung tersebut, sehinggalah akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.
Melihat keadaan Auj tersebut, Nabi Musa a.s mengambil kesempatan dengan melompat tinggi kira-kira 40 hasta dan dengan bantuan tongkatnya yang juga panjangnya 40 hasta terus memukul tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itulah Auj terjatuh dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya dia tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
Ambillah ikgtibar bahawa segala apa yang ada di dunia ini adalah kejadian Allah, kita tidak layak untuk menyombong dan berlagak dengan apa yang dikurniakan... jangan lekas lupa diri dan sering-seringlah memanjatkan syukur kehadratNya.
No comments:
Post a Comment