Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Azman - yang keberapa itu kena tanya pada orangnya.
Saya nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang paling utama jangan sekali-kali dilupakan bahawa hari ini pada beberapa puluh tahun yang lepas emak sedang dalam kesakitan untuk melahirkan dia. Dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran bersama keluarga tercinta, tidak patut kalau terlupa pada orang yang bertanggungjawab membawa kita ke dunia betul tak.
Semoga Allah sentiasa melindungi dia dan keluarganya, diberikan rezeki halal yang melimpah ruah dan ditingkatkan iman.
No comments:
Post a Comment