29 April 2013

Farewell Unit Pentadbiran Am

Pada 4 April 2013 yang lalu, Unit kami mengadakan farewell untuk rakan-rakan yang meninggalkan UPT kerana bertukar dan menjawat jawatan baru. Seramai 5 staf keluar dari unit kami dan sedikit sebanyak ianya akan menggugat perjalanan harian unit.

Mendahului senarai adalah Chief razak Saad yang bertukar keluar ke Melaka. Saya yang memohon untuk balik ke Melaka masih tidak ada bayang, alih-alih Chief Razak yang dapat tukar... inilah dinamakan rezeki dan bagi saya mungkin ada hikmah di sebalik permohonan saya belum diluluskan lagi.

4 lagi staf yang meninggalkan kami adalah Salmiza - bertukar ke Alor Setar, Fairus, kamal dan Azimah ditawarkan jawatan baru dan bertukar ke sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Selepas selesai upacara, kelihatan pejabat kami agak lenggang maklumkan farewell ini disempurnakan semasa waktu rehat tengahari.

Nizam dan Firdaus sedang menunggu giliran di tempat hidangan.

No comments: