Diperkenalkan ini adalah Smorky aka Oky, seekor anak kucing jalanan yang saya ambil untuk dijadikan haiwan pemeliharaan. Saya ambil kucing ini dari belakang rumah adik saya di Kota Tinggi. Semasa saya ke rumah adik saya pada 6 Mac 2013, saya perhatikan kucing ini tiada tuan dan anak kucing ini sangat manja, jadi saya katakan kepada adik ipar saya, saya berhasrat untuk adopt dia.
Saya bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 20 Mac 2013, dan saya bawa sekali Smorky aka Oky. Adik saya Adnan menyediakan ruang yang selesa untuk Oky di dalam kereta dan sepanjang perjalanan daripada Kota Tinggi ke Taman Saga Ampang, Oky tidak banyak kerenah. Dia kencing, berak dan tidur selainnya dia berbunyi dan minta diusap. Setiap kali kencing dan berak saya akan hentikan kereta untuk membuang najisnya.
Tiba sahaja di rumah saya, Oky kelihatan sangat penat. Dia tak lalu makan dan minum, saya rasa dia dah mula demam sebab hujung hidung dia dah kering. Malam itu Oky tidur dalam kandangnya.
Nasib baik saya masih menyimpan ubat demam Comel kucing saya yang telah pergi tu... dan keesokan harinya keadaan Oky baik sedikit, dia makan dan minum seperti biasa dan Oky banyak berehat di luar rumah. Oky paling suka duduk dan berehat di bangku dan meja bulat di halaman rumah saya. Apabila matahari telah naik dia masuk ke rumah dan berehat secukupnya.
Kesian anak kucing ini.... terpaksa menempuh perjalanan yang sangat jauh. Saya berhasrat untuk bawa Oky ke Klinik untuk mendapatkan injection kerana dia kucing liar. Selepas Comel mati, baru saya sedar bahawa injection bagi kucing liar sangat perlu kerana kita tidak mengetahui apa yang dia makan dan dengan siapa dia berkawan. Injection tu hanya untuk pertahanan tubuh dia sahaja.
Oky berehat di luar kandangnya, dah boleh golek-golek, geli pulak hati saya melihat kelakuan dia dan Oky dah sehat... alhamdulillah, terima kasih Allah
No comments:
Post a Comment