Oky suka tidur dengan gaya ini, tidak tahu apa yang buat dia rasa selesa bila tidur dengan gaya terkangkang. Betul-betul tidak tahu malu haiwan ni. Saya suka geletik perut dia dan bila dia rasa geli dia akan acah-acah nak gigit tangan saya.
Agaknya kucing jenis ini memang muka dia nampak tak senyum, muka dia masam mencuka - rasanya mungkin dah jenisnya begitu agaknya. Lepas penat bermain Oky akan berehat-rehat di hadapan kandang dia.
Tengok tu perut dia dah buncit.... rasanya mungkin juga sebab cacing kot... saya tak sempat nak hantar Oky ke klinik haiwan untuk suntikan, rasanya mungkin kena buat minggu depan jadi terpaksalah saya ambil cuti nanti.
Perasan tak paw Oky besar sebab jari tangan dia disetiap tangan ada 7 dan jari kaki ada 6, semua jari Oky adalah 26. Adakah kerana keturunan atau kecacatan?
Oky si anak kucing muka serius....
No comments:
Post a Comment