30 November 2010

Percutian Langkawi 2010 Part II - Cable Car

Kereta sewa kami - tapi buruk kan....
Sebaik sahaja kami mendapat kereta sewa, pada jam lebih kurang 12.30 tengahari (28 November 2010) kami memulakan rancangan pertama kami untuk menaiki cable car di Gunung Mat Cincang.
Perjalanan dengan kereta dari Jetty Point ke Gunung Mat Cincang lebih kurang 40 minit. Ini adalah 2 kereta sewa kami. Sebuah dipandu oleh Ain dan sebuah lagi dipandu oleh Shima.Apabila tiba di Stesen Cable Car, kedua-dua anak saudara ku Ammar dan Amir mengadu mereka telah kelaparan, dengan persetujuan bersama kami bercadang untuk makan tengahari terlebih dahulu sebelum menaiki Cable Car.
Kami makan di kedai makan pertama yang kami temui. Makanan yang dihidangkan bolehlah tahan, sekurang-kurangnya dapat mengalas perut kami. Tetapi bagi aku masakannya agak kurang kerana kebanyakan masakan mereka terasa manis dan kurang pedas. Biasalah aku orang Melaka yang sejak kecil dah dihidangkan dengan masakan pedas. Ada keistimewaannya kedai ini, iaitu mereka menyediakan tempat makan - seakan-akan pangkin - kata orang Melaka. Kami duduk bersila dan di sinilah kami melegakan urat-urat kaki dengan melunjurkan kaki.


Selepas makan kami terus ke tempat menjual tiket Cable Car. Dengan menggunakan My Kad tambang kereta kebal agak murah, iaitu RM 15.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak. Jika tidak menggunakan My Kad harganya dua kali ganda. Rasanya memang patut kerana rata-rata pelancung luar negara yang datang adaah dari negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara kita. Foto Emak, Shima, Ammar dan Amir dalam Cable Car. Aku pernah menaiki Cable Car ini sebelum ini, jadi perasaan cemas dan bimbang dah berkurangan, tetapi tak sama dengan ahli keluarga ku yang lain, masing-masing rasa teruja dan cemas.

Kali pertama Cable Car nak meluncur di atas kabelnya memang ada perasaan ganjil dan ngeri dalam diri. Banyak suara jeritan yang kami dengar dari kereta kabel. Itu yang membuatkan ada di antara kami terikut merasakan kegerunan tersebut.Cuba perhatikan jambatan gantung di belakang Amir, nampak berkabus sikit.


Foto ini diambil dari atas kereta kabel. Jambatan ini agak panjang juga, ia dibina melintasi dua puncak gunung kecil,luas jambatan ini lebih kurang sedepa lebih sedikit, lantainya dibuat dari papan kecil yang dicantum-cantum. Jadi terdapat lubang di lantai lebih kurang sebesar jari kelingking. Jika dilihat/ diintai di celah lubang itu, nampak jurang gaung yang dalam, ini membuatkan perut kita seakan-akan mengelodak dan hati kita tiba-tiba macam hilang. Agaknya rasa inilah yang membuatkan seorang budak Cina berumur lebih kurang 11 - 13 tahun terjerit-jerit setiap kali melangkah atas papan tersebut, budak itu cuba menapak di atas papan tanpa memijak lubang lantai. Macam biasa aku akan mengusik budak ini dengan menepuk di bahunya, dan ibunya yang juga gayat berkata padaku "jahatnya... jahatnya" dan kami hanya tergelak sahaja.


Manakala foto di sebelah adalah foto mak yang diambil di atas jambatan tersebut dan membelakangkan laut, kelihatan pulau-pulau kecil yang kelam bertabur di sepanjang perairan Langkawi. Kalau lihat wajah Mak nampak macam biasa sahaja, mungkin disebabkan mak tak ada perasan gayat jadi tak terasa ngeri. Permandangan dari atas jambatan ini sangat indah dan sahdu, angin yang bertiup tidaklah kuat sangat tetapi cukup untuk rasakan nyamanya suasana walaupun pada masa itu sudah lewat tengahari.

Foto ramai ini pula diambil di hujung jambatan, untuk berjalan/ meniti hingga ke hujung jambatan, sesiapa yang mempunyai perasaan gayat seperti saya, macam melalui atau meniti atas batang pokok yang kecil, tetapi tidaklah seteruk budak cina tadi. apa yang penting bagi orang gayat ialah semasa berjalan jangan sekali-kali memandang ke bawah, jalan terus sehingga ke distinasi.

Foto Ammar diambil di tengah-tengah jambatan, dari jauh kelihatan laut dan pulau-pulau berhampiran yang kelam. Daripada sini kita dapat melihat hasil kerja Allah Taalah yang sangat menakjubkan. Lapisan-lapisan batu yang sangat tua, kelabu hitam dan mistri. Masa ini baru aku teringat akan guru geografi ku dulu, yang mengajar aku berlakunya kejadian gerakan bumi pada awal kejadiannya. Jadi memang pernah berlakulah kegelinciran di sini berjuta tahun dulu.


Walau bagaimana pun untuk sampai ke sini kita terpaksa menghadapi laluan yang sangat mencabar bagi aku, curam dan amat memenatkan. Hentian kereta kabel mempunyai dua hentian, dan jambatan ini berada di hentian kedua, kita terpaksa jalan menurun bukit dan apabila balik kita terpaksa mendaki pula, inilah cabaran yang terbesar. Penat dan lelah untuk sampai ke stesen ke dua.

Selepas itu kami menaiki beberapa mata anak tangga untuk melihat look point yang boleh dianggap sebagai tempat tertinggi di sini. Aku dan Mak malas nak naik ke pelantar teratas dan berehat di gerai minuman sahaja. Lebih kurang jam 4.20 petang kami menaiki kereta kabel menuruni Gunung Mat Cincang dan berakhirkan ekspidisi pertama kami.


Tunggu ekspidisi kami seterusnya selepas ini .............

4 comments:

Wali Macap said...

As salam. Apabila membaca catatan Kak Deny teringat ena semasa ena sekeluarga ke Langkawi so where in 2002. Masa kita orang sempat juga naik kereta kabel. Perasaan kecut perut memanglah ada, lebih-lebih lagi semasa kita nak berlepas dari satu station to another dan kemudian bila nak bertolak balik turun. Ena ada juga simpan rakaman video semasa dalam kereta kabel tu. Memang betul Kak Deny kata, kepada siapa yang gayat memang ler kecut-kecut perut dibuat. Anyhow at the end it is very interesting.
Ena nak ucapkan tahniah kepada Kak Deny, Kak Syima sekeluarga dan Ain sekeluarga kerana telah berjaya materialezed plan bercuti. semoga ianya akan menjadi pemangkin kepada yang lain untuk plan cuti beramai-ramai... insyallah.

Unknown said...

Walaikumusalam Man, rasanya percutian kami akan menjadi lebih seronok jika semua ahli keluarga ada bersama, tentu lebih interesting. Tak pe nanti kita cuba plan cuti yang akan datang.

Unknown said...

sememangnya kalau dilihat dari puncak tertinggi stesyen kereta kabel mat cincang ni kita akan bersyukur dan mengagumi ciptaan ALLAH permandangan yang sangat cantik..tak rugi rasanya bercuti di sini...

Unknown said...

Memang tak rugi, walaupun pada masa tu Allah saja yang tahu bagaimana penatnya kita. Tapi bila dah balik ke daerah kita, dan kita lihat semula foto-foto tu rasanya kita macam dah takluki separuh dari dunia ini.

Kalau ada masa kita bercuti lagi... kene fikir kat mana kali ni... kat Sabah kot? atau Pulau Tioman - rancangan yang tak tercapai masa ayah ada dengan kita lagi.