Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
13 December 2010
Ubat Paling Mujarab
Kali ini saya nak kongsikan foto di atas yang saya pinjam dari http://miecreation9. dairyland.com mengesahkan dua beradik/ sahabat yang sentiasa tersenyum walaupun tidak berpakaian, tetapi mereka nampak gembira mungkin sebab mereka selalu kenyang (sebab perut mereka buncit) atau mungkin mereka sentiasa gembira kerana dapat bersama selalu. Apa ikhtibarnya foto ini: di samping senyuman, sahabat amat penting dalam hidup seseorang untuk berkongsi suka dan duka.
Adakah anda merupakan seorang sahabat yang baik????? tanya diri sendiri
Labels:
Senyum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
buat Penulis....,
"Ubat paling Mujarab,adalah Memohon dan mendekati diri kita kepada ALLAH S.W.T,itu yang lebih AFDALL.Tapi manusia leka,dan tidak mesyukuri kenikmatan yang diberi Oleh-NYA.Zaman sekarang,sukar untuk mendapat kawan,sahabat,teman yang sanggup berkongsi suka-duka bersama.Bila senang,ramai lah yang datang menghampiri,tapi bila kita hadapi sedikit kesukaran,ramai yang mengelak dan diberi macam-macam alasan.Bak kata pepatah Melayu : Untuk mencari Kawan ketawa dimana saja boleh dicari walaupun baru saja kita kenali,tapi untuk mendapatkan,mencari kawan untuk menangis bersama belum tentu kita akan temui walaupun kita mempunyai
sejuta kawan.Oleh itu,bertawakal dan memohon kepada YANG MAHA ESA,yang lebih mujarab.
Untuk mencari sahabat yang baik,kita mesti perbetulkan,menjadikan diri kita sebaik mungkin.
Sesungguhnya ALLAH SWT mencipta Makhluk ada tiga (3) Bahagian :-
1. ALLAH SWT,menjadikan MALAIKAT hanya diberi AKAL,TANPA diberi SYAHWAT.
2. ALLAH SWT,menjadikan HAIWAN yang dibekali SYAHWAT,Tanpa diberi AKAL.
3.Dan ALLAH SWT,menjadikan MANUSIA dengan diberikan AKAL dan SYAHWAT.
Jadikan gunakan Akal untuk memilih yang baik dan buruk,(kawan)
Jika Syahwat seseorang telah mengalahkan akalnya,maka haiwan lebih baik dari dia.Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukan syahwatnya,tentulah dia lebih baik dari Malaikat. (Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB,IMAM AL-GHAZALI)
RASULLULAH SAW bersabda :
"Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga dipenuhi atau tidak dipenuhi,maka Allah mengampuni dosanya yang terdahulu dan yang kemudian serta menulis untuknya dua keselamatan.Selamat dari Neraka dan Selamat dari Kemunafikan."
Sekian :-
Yang Baik itu Dari-NYA dan yang buruk dari hamba ini,Maaf andai ada kesalahan.
Memohon, meminta, berdoa dari Allah bukan sahaja ubat tetapi lebih dari itu... ia merupakan senjata yang paling ampuh bagi kita yang percaya.
Allah menjadikan manusia bermasyarakat dan manusia sangat sesuai hidup dalam komuniti. Walaupun tak semua ahli komuniti berfikiran yang sama, tetapi di situlah kita mempelajari sikap, kelakuan dan kesetiaan. Bukan mudah mengakui kita adalah sahabat terbaik, kerana sahabat terbaik perlu melalui pelbagai ujian... untuk kita sendiri mempercayai bahawa sememangnya kita dalah sahabat terbaik.
Sukan mencari sahabat.... usah dicari, sebaliknya kita jadikan diri kita sendiri sahabat kepada seseorang.....
'Sahabat'.. memang sukar untuk mencari yang sebenar-benarnya..... ada bermacam jenis, tp sahabat yg sejati, mungkin 1 dlm seribu... atie sokong, sahabat usah dicari, tp jadikan lah diri kita sebagai sahabat sejati untuk seseorang... itu lebih baik.... semoga kita semua akan mempunyai sahabat sejati.......
Betul... betul... betul..
Post a Comment