05 April 2013

Kisah Abu Talha al-Ansari - Part 1

Kalau dulu mungkin padang pasir ini
medan peperangan baginya
Tahukah anda mengenai cerita-cerita sahabat-sahabat Rasulallah saw. Kisah hidup mereka, ketaatan, keimanan dan kesetiaan mereka kepada Allah, agama Islam dan Rasulallah saw. Kisah hidup mereka menjadikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini sebelum kita bertemu dengan Pencipta kita. Apa kata kita lihat sekelumit  kisah Abu Talha al-Ansari.

"Kita tidak pernah mengenali manusia yang telah memberi mahar (mas kahwin) yang lebih mulia daripada yang pernah diberikan oleh Abu Talha kepada Ummu Sulaym, iaitu mas kahwin yang dimaksudkan oleh Ummu Sulaym adalah Abu talhah menerima Islam dengan ikhlas dan jujur" kata seorang penduduk Madinah tentang Abu Talha.

Zayd ibn Sahl an-Najjari, juga dikenali sebagai Abu Talha, menerima berita yang mebgembirakan, di mana ar-Rumaysa binti Milhan an-Najjariyah, juga dikenali sebagai Ummu Sulaym telah menjadi balu. Ummu Sulaym adalah seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat moral dan intelektual yang tinggi dan beliau dilihat sebagai tidak mempunyai sebarang kekurangan dalam dirinya. Abu Talha memutuskan untuk mengambil inisiatif dan hasrat untuk menjadi orang yang pertama meminangnya. Namun begitu terdapat ramai lelaki yang mahu berkahwin dengan wanita yang mempunyai keperibadian yang luar biasa ini. Apa pun ABu Talhah sangat yakin bahawa Ummu Sulaym tidak akan memilih mana-mana lelaki selain daripada beliau kerana dia adalah seorang lelaki yang matang dan kedudukan sosial yang tinggi serta kaya. Di samping itu, beliau adalah salah seorang pahlawan terkenal Bani Najjar, dan juga merupakan salah seorang pemanah terbaik Madinah.

Abu Talha memutuskan untuk ke rumah Ummu Sulaym. Sepanjang dalam perjalanannya, dia terdengar-dengar berita bahawa Ummu Sulaym telah mendengar kisah agama Islam daripada seorang pendakwah Makkah, iaitu Mus'ab ibn Umayr. Dengan kuasa Allah swt Ummu Sulaym terlah beriman kepada Muhammad Sallal-lahu alayhe wa sallam, dan diikuti agamanya. Berita ini sedikit sebanyak merisaukan Abu Talhah walaupun bekas suami Ummu Sulaym berpegang kuat kepada agama nenek moyang mereka dan enggan untuk mempunyai apa-apa kaitan dengan Muhammad sallallahu alayhe wa sallam dan dakwahnya.

Sebaik sahaja Abu Talha tiba di rumah Ummu Sulaym, dia memohon keizinan untuk masuk, dan dia telah dibenarkan untuk masuk, ketibaannya disambut oleh Anas, anak Ummu Sulaym yang sentiasa berada bersama ibunya. Tanpa teragak-agak, Abu Talha memohon untuk mengahwini Ummu Sulaym. Dengan hormat Ummu Sulaym menolaknya sambil berkata "Seorang lelaki seperti anda, Abu Talha terlalu baik untuk ditolak, tetapi saya tidak akan berkahwin dengan anda, hanya kerana anda seorang musyrik".

Abu Talha berfikir bahawa kata-kata Ummu Sulaym itu hanya dijadikan alasan untuk menolaknya. Dan berfikir bahawa Ummu Sulaym telah memilih seorang lelaki yang kaya daripada dirinya, atau dari kaum yang lebih kuat. Lalu Abu Talhah bertanya: "Beritahu saya akan kebenaran, apakah sebabnya anda tidak mahu berkahwin dengan saya, Umm Sulaym? " "Adakah anda mempunyai alasan lain?, kuning dan putih: emas dan perak," katanya. "Emas dan perak!" dia berteriak. "Ini adalah apa yang saya fikirkan," katanya.

Kemudian Ummu Sulaym berkata: "Sesungguhnya saya menyeru anda Abu Talhah untuk menyaksikan, serta saya menyeru kepada Allah dan Rasulnya sallallahu alayhe wa sallam, untuk menyaksikan bahawa jika anda menerima Islam, saya akan bersetuju untuk berkahwin anda, dan tidak akan menuntut sebarang emas atau perak. Cukuplah Islam anda akan menjadi mahar saya."

Sebaik sahaja Abu Talha mendengar kata-kata dari Ummu Sulaym dia mula terfikir akan berhalanya yang diperbuat daripada kayu yang jarang ditemui serta mahal harganya, tambahan pula berhala itu adalah totem peribadi beliau (itu adalah amalan selaras dengan adat bangsawan kaumnya).

Ummu Sulaym meneruskan lagi: "Wahai Abu Talha, adakah anda tidak tahu bahawa ini berhala yang kamu sembah itu selain Allah swt adalah berasal daripada bumi" maka dijawab oleh Abu Talhah "Sudah tentu". Ummu Sulaym meneruskan lagi "Adakah kamu tidak berasa malu untuk menyembah sebahagian pokok yang anda telah bentuk dan ukur untuk dijadi tuhan, apabila anda tahu bahawa orang lain telah mengambil baki pokok itu dan digunakannya sebagai bahan api untuk memanaskan diri mereka atau membakar roti mereka? Jika anda menjadi seorang Muslim wahai Abu Talha, saya akan menerima anda sebagai suami, dan tidak akan meminta mas kahwin lain selain daripada penerimaan anda terhadap Islam" Maka Abu Talhah berkata, "Bagaimana saya boleh menjadi seorang Muslim?" Dijawab oleh Ummu Sulyam. "Saya akan memberitahu anda, anda sebutlah perkataan kebenaran dan menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah swt, dan bahawa Nabi Muhammad sallallahu alayhe wa sallam, adalah Rasul Allah. Kemudian anda pulang ke rumah, menghancurkan berhala anda, dan membuanglah ia jauh-jauh."

Abu Talha kelihatan gembira dan berkata: "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah"

Tidak lama selepas itu, Abu Talha pun berkahwin dengan Umm Sulaym. Dan umat Islam Madinah berkata sesama sendiri: "Kami tidak pernah mendengar mas kahwin yang lebih mulia daripada mas kahwin Ummu Sulaym, iaitu untuk penerimaan Islam adalah apa yang dia diperlukan sebagai mas kahwin beliau."

tunggu sambungannya......

Sumber: Ummah Forum

No comments: