15 April 2013

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1.    Taubatku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di mana sahaja oleh Allah S.W.T;

2.    Pada mulanya aku berpakaian di dalam syurga, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian untuk menutup aurat dan tubuh mereka;

3.    Ketika aku telah menderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku Hawa. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri/ suami/ keluarga mereka daripada mereka; dan

4.    Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Apakah yang kita fahami dengan apa yang dikatakan oleh baginda Nabi Adam, tidakkah kita berasa sangat beruntung menjadi umat baginda Rasulallah saw oleh yang demikian usahlah kita persiakannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah apa lagi berkelahi sesama kita.

No comments: