04 December 2010

Percutian Langkawi 2010 Part VII - Dataran Helang

Pada 30hb November 2010, kedua-dua anak saudara ku bangun pagi untuk mandi di kolam resort. Kami sebulat suara mengambil keputusan untuk bersarapan pagi di resort sahaja.

Shima dan Ain sibuk di pantry menyediakan sarapan, manakal emak, Nuraini dan aku sibuk mengemas beg. Kami bercadang untuk check-out pada pagi itu dan terus ke Pekan Kuah untuk shopping dan kemudian pada jam 1.00 tengahari, kereta mesti dipulangkan. Kami membeli beberapa buah tangan seperti coklat, minyak gamat dan emak beli kain batik. Memandangkan masa yang terhad kami terus ke Dataran Helang untuk merakam beberapa foto untuk kenang-kenang. Matahari betul-betul berada di atas kepala, kereta diparkir agak jauh dan kami terpaksa berjalan ke Dataran... bukan main penat rasanya dengan perasaan yang dihambat masa sama ada sempat ke tidak untuk pulangkan kereta sewa. Foto sebelah kami di hadapan Dataran Helang.

Ammar dan Amir di Dataran Helang. Nampak patung burung helang tu macam geruda sahaja sebab saiznya yang amat besar jika dibandingkan dengan saiz manusia di bawahnya. Gambar-gambar di sini nampak agar gelap kerana matahari cerah memancar, daripada tak ada gambar kenangan ambillah juga. Insyallah kalau ada umur, rekzi dan masa mungkin kami akan datang bercuti lagi ke sini, sebab masih ada lagi tempat-tempat yang masih belum lagi dikunjungi, terutamanya ke beberapa pulau seperti Pulau Dayang Bunting.

Foto ini diambil di sebelah kiri patung helang. Permandangan di belakang kami sangat cantik sekali. Berlatar belakangkan banjaran gunung yang menjadi asas pulau ini.

2 comments:

Unknown said...

Rasanya inilah percutiannya sangat menyeronokkan...banyak kenangan kita dapat kutip bersama...

Unknown said...

Kita kenalah berdoa agar percutian yang akan datang, semua ahli keluarga kita dapat bersama... dan kalau bagus dapat naik keretapi lagi.... apa kata ain ambil tanggungjawab untuk mengetuai rancangan ini....