Emak semasa dalam bas - kelihatan emak letih, kami baru sahaja berangkat dari Masjid Bil Ali untuk menunaikan solat sunat ihram kerana Bil Ali adalah tanah halal selepas kami keluar dari Kota Madinah. Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa selama 6 jam. Sebelum bergerak kami telah menunaikan fardu zohor dan jamak takdim serta qasar asar.
Rakan-rakan yang menyertai umrah yang sama, jelas kelihatan masing-masing memang letih. Kami berhenti sebentar di R&R untuk menunaikan fardu maghrib dan jamak takdim serta qasar isyak. R&R ini agak besar kerana terdapat banyak kedai makan, sayangnya musollahnya agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan bas yang berhenti. Saya dan mak bernasib baik kerana ada ruang solat walaupun di halaman musollah. Masalah air di sini merupakan masalah utama, kerana kawan-kawan yang tiba lewat mendapati air telah berkurangan. Apa pun alhamdulillah kerana keperitan dan kepenatan yang kami harungi tidak seberapa jika berbanding dengan apa yang diharungi oleh baginda Rasulallah saw.
No comments:
Post a Comment