Inilah bangunan adalah Baitulallah (rumah Allah) yang dijadikan kiblat untuk umat Islam mengadapnya (bukan menyembahnya) semasa melaksanakan ibadah solat. Bangunan yang dinamakan Kaabah.... ianya tidak besar dan tidak juga kecil, sedang-sedang sahaja. Bagi umat Islam yang berada jauh dari Tanah Arab, bangunan ini hanya dapat dilihat di dalam foto atau di atas sejadah sahaja. Tetapi ianya sangat tidak sama apabila kita berdepan sendiri denganya.
Walaupun ianya adalah salah sebuah bangunan yang ada di dalam dunia ini, tetapi bangunan ini merupakan pusat graviti kepada dunia ini. Melihatnya seperti melihat kembarnya di langit ke7, iaitu Baitul Makmur yang sekarang ini didiami oleh baginda Nabi Ibrahim as bersama dengan anak-anak kecil yang belum baligh yang meninggal dunia semasa kecil.
Tidak dapat saya nyatakan perasaan saya kali pertama melihat Kaabah, antara percaya dengan tidak. Tetapi kerana terlalu bimbang takut tidak nampak Kaabah pertama kali memasuki Masjidil Haram bersama ayah dan emak saya pada tahun 2006, apabila ayah saya berkata - itu dia Kaabah, saya kata pada ayah, tak nampak pun ayah, dan ayah saya jawap semula mana nak nampak jangan duduk belakang tiang. Dan apabila saya beralih tempat tu dia tersergam dengan gahnya di depan mata.
Pada kunjungan saya pada tahun 2011, saya sempat (dengan izin Allah) membawa emak untuk memegang Kaabah. Dan tidak tahu bila pula saya dapat melihat dan memegangnya semula.....
No comments:
Post a Comment