Jam besar Mekah berdiri dengan begitu megah sekali. Jam ini boleh dilihat dari jauh terutamanya di waktu malam kerana cahayanya berwarna hijau yang sangat terang. Ada yang menygatakan bahawa besarnya muka jam itu adalah lebih kurang sebesar padang bola sepak.... wah besarnya patutlah dari jauh dah kelihatan....
Saya juga mendengar desas desus mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi bercadang untuk merobohkan jam besar ini kerana didakwa bahawa jam ini membuatkan jemaah yang datang ke Mekah terlalu leka melihat jam ini sehinggakan memesungkan kekusyukan jemaah untuk beribadat. Betul atau tidak itu tidak dapat saya pastikan. Namun begitu jika benarlah berita itu dan sekiranya keputusan tersebut dilaksanakan sudah tentu pembaziran akan berlaku. Urusan kekusyukan seseorang letaknya di hati setiap jemaah dan ianya sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan... tepuk dada tanyalah iman....
Foto ini saya ambil semasa saya mengerjakan tawaf daripada dataran Kaabah. Waktu siang jam ini kurang jelas mungkin juga disebabkan oleh debu yang hampir menutupi kota ini.
No comments:
Post a Comment