Pada 2 April 2013 yang lepas saya bersama dengan rakan sepejabat Maslina binti Zakariah telah menghadiri Taklimat Penyelarasan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Saya bersama dengan Ina, kami duduk di barisan belakang supaya mudah untuk saya keluar masuk kerana semasa ini saya masih lagi demam, jika saya memang sangat perlu untuk kerap ke tandas.
Antara peserta wanita yang hadir. Kehadiran adalah daripada KPM dan wakil-wakil dari JPN. Taklimat memangnya sangat berguna terutamanya ilmu yang disampaikan oleh para penceramah jemputn khas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Salah seorang penceramah sedang menyampaikan ceramahnya dan berkongsi ilmu bersama para peserta.
Sebilangan peserta lelaki yang juga hadir.... tapi tidak ramai.
Ini adalah contoh hidangan sihat bagi mesyuarat yang menghidangkan sarapan pagi (breakfast). Cuba perhatikan siap dengan pelekat kandungan kalori makanan yang dihidangkan.
Yang ini pula untuk minuman pagi, jika mesyuarat dimulakan atau tamat sekitar jam 11.00 pagi.
Yang ini pula hidangan untuk minum petang, apabila mesyuarat bermula pada jam 2.00 petang ke atas.
Contoh menu yang sepatut disediakan, setiap hidangan dicatatkan juga kandungan kalori hidangan.
No comments:
Post a Comment