Saya sedih apabila membaca pelbagai komen dan pandangan dari orang Melayu dengan bahasa dan ayat yang sangat kasar. Bukan setakat itu sahaja, malahan kutuk mengutuk dan maki memaki bangsa seagama dilakukan tanpa segan silu lagi. Lebih parah lagi apabila teguran yang ditujukan kepada para ulama, pemimpin dan orang yang lebih tua dinyatakan dalam nada yang kurang sopan. Sedihnya.......
Nampaknya orang Melayu yang beragama Islam perlu menoleh semula ke belakang melihat di mana dan bilakah agaknya kepincangan ini berlaku. Kita perlu ubah sebelum keadaan menjadi semakin parah. Ubahlah sedikit demi sedikit, apa yang penting .... mesti ada perubahan. Apa kata kita ubah daripada diri kita sendiri kemudian di kalangan keluarga diikuti dengan komuniti.
Benarkan saya memberi sedikit pandangan untuk melakukan perubahan. Yang paling utama seorang itu perlu mempunyai sifat kesabaran dan ketabahan kerana dengan sifat ini ianya menjadi benteng yang mempunyai daya ketahanan hati atau perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan keadaan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan. Dalam keadaan seperti ini, seseorang itu tidak akan terburu-buru membuat sesuatu keputusan sebaliknya akan berfikir terlebih dahulu. Di sinilah banyak berlakunya kekusutan kerana apabila ditekan, diprovokasi dan di'bakar' semangat, maka akan terkeluarlah perkataan yang tidak dapat dibendung.
Malahan Agama Islam sendiri banyak memberi galakan supaya kita selalu bersabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, lebih cekal dan sentiasa dalam ketenangan. Seseorang itu juga haruslah mampu menyediakan dirinya dalam keadaan tenang untuk menghadapi masalah serta dapat mengawal emosi dan jangan sekali-kali melatah apabila diberi kritikan.
Bersopan santun dan berbudi mulia adalah juga tuntutan dalam Islam. Sebaliknya sifat-sifat di atas itu juga amat diperlukan dalam Perkhidmatan Awam. Orang ramai, masyarakat atau pelanggan sentiasa mengharapkan perkhidmaan yang mesra dan memuaskan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Dengan yang demikian, adalah sangat penting dan menjadi satu kewajipan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam untuk mengamalkan sifat berlemah-lembut, berbudi bahasa, ringan tangan dan tidak berat mulut dalam melayan orang ramai ketika memberi perkhidmatan. Setiap pernjawat awam seharusnya mampu memberi khidmat yang baik walaupun dalam suasana kerja yang mendesak.
Yang sebenarnya saya sendiri juga bukan seorang yang kuat sabarnya, berlaku juga beberapa kali saya terikut-ikut dengan sikap seseorang yang 'pandai' memprovokasikan keadaan. Tetapi apabila keterlanjuran terjadi, kita akan rasa menyesal tetapi apa nak buat kerana damages already done. Oleh itu berfikirlah dahulu sebelum bertindak....
Malahan Agama Islam sendiri banyak memberi galakan supaya kita selalu bersabar kerana sabar itu adalah separuh daripada iman. Sifat sabar boleh mendidik jiwa seseorang bertambah baik, lebih cekal dan sentiasa dalam ketenangan. Seseorang itu juga haruslah mampu menyediakan dirinya dalam keadaan tenang untuk menghadapi masalah serta dapat mengawal emosi dan jangan sekali-kali melatah apabila diberi kritikan.
Yang sebenarnya saya sendiri juga bukan seorang yang kuat sabarnya, berlaku juga beberapa kali saya terikut-ikut dengan sikap seseorang yang 'pandai' memprovokasikan keadaan. Tetapi apabila keterlanjuran terjadi, kita akan rasa menyesal tetapi apa nak buat kerana damages already done. Oleh itu berfikirlah dahulu sebelum bertindak....
No comments:
Post a Comment