Sebaik sahaja selesai solat subuh pada 10 Mac 2013, saya dan emak berdoa seketika... perasaan sedih untuk meninggalkan masjid ini mula menyelinap di seluruh tubuh. Ketika di sekeliling masjid umat Islam dari seluruh dunia mula menuju destinasi masing-masing.
Saya dan emak masih ada lagi tugas yang perlu diselesaikan.pada pagi ini, iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada baginda Rasulallah saw kerana selepas solat zohorkan kami semua akan meninggalkan Kota Madinah Mukarramah ini untuk menuju ke Kota Suci Mekah. Jauh juga kami berjalan, akhirnya kami tiba juga dan di celah-celah menara dan payong-payong yang tertutup kelihatan kubah makam baginda Rasulallah saw. Pada foto pertama kelihatan anak bulan (bulan sabit) di tepi menara, dalam foto ini tidak nampak jelas tapi pada keadaan sebenar ianya menjadikan suasana amat sayu dan sedih untuk meninggalkan baginda.
Kelihatan emak sedang berjalan balik menuju ke Pintu pagar No. 15 untuk pulang ke hotel.
Masyallah memang ramainya umat Islam yang mengunjungi kota ini, memang benar firman Allah bahawa agama suci ini memang benar dan Allah akan memeliharanya dengan baik untuk kita. Jadi jangan sekali ragu-ragu akan kebenarannya....
Saya rasa sedih dan takut jika saya tidak dapat mengunjungi lagi kota ini... saya memanjatkan doa kepada Illahi supaya saya diberi kesempatan dan dijemput untuk hadir berkali-kali lagi ke sini dan ke kota Mekah. Insyallah...
No comments:
Post a Comment