Ini Milo kucing saya yang hilang |
Tahukah kawan-kawan bahawa Rasulallah saw sendiri mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Mueeza adalah kucing yang jinak dan tinggal di dalam rumah rasulallah saw, pada suatu hari ketika Rasulallah saw hendak mengambil jubahnya, baginda menemui Mueeza sedang tidur dengan lena di atas lengan jubahnya. Sungguh tinggi sifat kemanusiaan yang ada pada rasul ini, apa yang baginda lakukan? kawan-kawan tahu tak kerana tidak mahu mengganggu kucing kesayangannya itu tidur, Rasulallah saw memotong belahan lengan jubah yang ditiduri oleh Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumahnya semula, Muezza terbangun dari tidurnya lalu menunduk sujud kepada tuannya. Dengan rasa kasih sayang baginda Rasulallah saw mengusap-gusap lembut badan Muezza 3 kali. Di peristiwa yang lain pula, setiap kali Rasulallah saw menerima tetamu di rumahnya, Rasulallah saw selalu dilihat menggendong Mueeza dan diletakkanya kucingnya di pahanya.Diriwayatkan salah satu sifat Mueeza yang disukai oleh Rasulallah saw adalah Mueeza akan mengeow-geow apabila mendengar adzan berkumandang, bunyinya seolah-olah seperti mengikuti seruan adzan tersebut.
Rasulallah selalu mengingatkan kepada para sahabatnya, supaya menyayangi kucing peliharaan masing-masing, seperti menyayangi keluarga sendiri. Jangan diseksa dibiarkan tanpa jagaan.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti dan menyeksa mana-mana haiwan adalah sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, mengisahkan tmengenai seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya, dan tidak pula melepas kucing tersebut untuk mencari makannya sendiri. Maka Rasulallah saw menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Untuk pengetahuan kawan-kawa juga bahawa isteri Rasulallah, iaitu Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucing yang dipeliharanya pergi meninggalkan rumah mereka. Seorang sahabat yang juga seorang ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi, beliau diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
Kepada kawan-kawan kasihanilah haiwan terutamanya kucing kerana haiwan yang bernama kucing ini adalah haiwan yang lembut dan comel. Haiwan ini sukar untuk berjuang mendapatkan makanan sendiri seperti haiwan lain. Sekiranya ada kucing-kucing liar di kawasan rumah kawan-kawan bersedekahlah sedikit makanan kepada mereka setakat yang kita mampu. Yang paling utama jangan sekali-kali mendera dan memukul haiwan ini kerana tubuhnya yang kecil tidak mampu menanggung dengan pukulan yang kuat. Semoga sedekah ikhlas kepada haiwan ini dibalaskan syurga oleh Allah Talah.

No comments:
Post a Comment