Beginikah rupanya bahtera Nabi Nuh as? |
Sebagai seorang muslim saya lebih mempercayai segala ayat yang dinyatakan oleh Allah di dalam kitab sucinya Kitab Al-Quran. Cerita mengenai Nabi Nuh as dikisahkan dalam satu surah yang dinamakan Surah Nuh, surah ini mengandungi 28 ayat. Selain dari surah ini, cerita Nabi Nuh juga ada disebut di dalam surah Hud, sila rujuk ayat 40–41 yang berbunyi:
“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. Ayat 40
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ayat 41.
Bolehkah kita bayangkan sebesar mana ukuran sebenar bahtera tersebut. Jika mengikut isi yang pernah mendiami bahtera itu saya jangkakan ukuran bahtera itu memangnya cukup besar, mana tidaknya selain daripada lebih kurang 80 manusia, bahtera itu juga menjadi tempat berlindung sepasang ribuan jenis haiwan seperti zirafah, gajah, singa, harimau, buaya, zebra, ular, bison, pelbagai jenis burung, seranggan dan haiwan-haiwan yang lain.
Dan bayangkan pula besarnya gelombang yang melanda bahtera itu, sudah tentu saiz bahtera itu bukan calang-calang bagi memastikan ianya boleh menentang gelombang yang ganas tersebut. Zaman ini kita sendiri pernah melihat bagaimana gelombang tsunami yang ganas yang baru-baru ini berlaku diJepun telah memusnahkan banyak bangunan, kapal dan binaan besar yang lain. Ramai antara kita yang cuba tidak mengambil ikhtibar dari banjir dan gelombang besar sama ada yang berlaku di zaman Nabi Nuh as atau di zaman kita, bahawa Allah berkuasa untuk memberi petunjuk/ petanda kepada makhluknya setelah makhluknya seakan terleka dan terlupa tentang perbuatan mereka yang mencabar Allah Taalah dan melampaui batas. Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment