Masih lagi cerita bersedekah, ramai ahli-ahli agama Islam yang menyusun fadhilat bersedekah seperti berikut:
1. Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk. Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( Hadis Riwayat Tabrani )
2. Mengelakkan bala. Sabda Nabi saw: “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )
3. Menghapuskan kesalahan-kesalahan dan dosa. “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah : 271). Rasulullah saw juga ada bersabda yang bermaksud, “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan selainnya)
Bersedekah secara psikologi membuatkan kita berasa seperti orang berada, tetapi perlu diingatkan jangan sekali-kali perasaan itu menimbulkan rasa riak, nanti pahala yang diharap akan mendapat dosa pula. tetapi apabila sedekah telah menjadi amalan kita tidak terasa apa-apa pun apabila kita menghulurkan sesuatu untuk membantu. Ada orang mengatakan bahawa perasaan itulah kelebihannya dalam amalan bersedekah yang kadang-kala kita sendiri tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan daripada kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang sedikit daripada orang lain, itulah “kekayaan” sebenarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Hukum Tarikan (Law of Attraction.). Walallahualam.
Dengan bersedekah juga sebenarnya kita melepaskan energi positif ke alam semesta yang akan menarik perkara positif terjadi dalam hidup kita. Mungkin antara kita tidak perasan betapa hebatnya sedekah terhadap kehidupan kita. Sebagai contoh, kita selalu menyedekahkan wang walaupun hanya RM1 kepada peminta sedekah di tepi jalan. Pada suatu hari, kita nak belajar di luar negara dan memerlukan bantuan kewangan. Tanpa disangka-sangka kita dapat tajaan daripada seorang jutawan. Secara tak sedar, itulah sebenarnya balasan yang Allah beri kepada kita yang selalu bersedekah. Lihatlah sekeliling anda dengan mata hati, adakalanya kita tak nampak balasan sedekah yang Allah berikan pada kita.
Bagaimana memulakan kehidupan dengan bersedekah? Pertama-tama belajarlah bagaimana nak maniskan muka dengan senyuman, kan senyuman itu juga adalah sedekah; selepas itu cuba tekat untuk bersedekah kepada haiwan yang berkeliaran di sekeliling rumah kita seperti burung dan kucing kemudian sedekahlah pada yang memerlukan sekurang-kurangnya RM1 seminggu. InsyaAllah jika istiqomah kita lakukan perkara-perkara ringan di atas, teman-teman akan terasa akan perubahannya. Moga mudah-mudahan, impaknya turut dirasai dalam urusan bisnes kita. wallahu alam
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! sedekah mana satu yang lebih besar? Nabi saw menjawab: Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata: Aku mahu bersedekah untuk si fulan, sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si fulan ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
No comments:
Post a Comment