Saya bertolak dari Hotel Tower Regency & Apartment Ipoh ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 12 lebih, disebabkan saya tak berapa perasan laluan ke highway untuk ke KL saya mengekori kereta seorang teman yang juga balik ke haluan yang sama. Malangnya selepas bulatan Iskandar saya terpisah dengan teman tadi, dan apa lagi maka sesatlah saya. Alhamdulillah saya sesat tak lama kerana selepas itu Allah menunjukkan jalan untuk ke highway tetapi rasanya jauh sikitlah laluannya.
Saya sempat singgah sebentar di R&R untuk ke toilet dan berehat serta minum air.
Tiba di Bukit Beruntung hujan turun dengan lebatnya dan saya memperlahankan kenderaan. Alhamdulillah saya tiba di rumah lebih kurang jam 3.16 petang.
No comments:
Post a Comment