Beberapa kali saya pernah membaca beberapa cerita tentang kisah Nabi Nuh as. Semua orang tidak akan tersilap apabila disebut sahaja nama Nabi Nuh ianya amat sinonim dengan bahtera dan banjir besar. Namun amat sedikit yang mengetahui selain dari cerita itu. Sesungguhnya Allah swt menyebut di dalam Al-Quran, bahawa makna "Nuh" itu adalah "orang yang selalu menangis" atau tangisan yang berterusan. Menjadi pertanyaan kita mengapa pula Nabi Allah itu dipanggil Nuh dan sudah tentu ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan boleh menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Diriwayatkan pada suatu hari Nabi Nuh a.s terserempak dengan seekor anjing yang sangat ganjil rupanya, anjing tersebut melintas di hadapan baginda dan berhenti dengan perasaan kehairanan. Rupa anjing itu bukan seperti anjing-anjing biasa, kerana anjing tersebut mempunyai 4 mata. Lantas Nabi Nuh bertanya: "Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau ada empat dan tidak seperti anjing-anjing yang lain. Mengapa boleh jadi begini?" Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang mengkehendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"
Dengan jawapan anjing tersebut maka Nabi Nuh a.s pun menangis tidak berhenti-henti, baginda merasa amat bersalah mengkritik kejadian Allah. Dia menagis dan terus menagis untuk beberapa ketika kerana menyedari akan dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT.
Sejak itulah nama baginda dikenali sebagai Nuh (raungan) dan nama Nabi Nuh as diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.
Setelah baginda ditegur oleh Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak mengikut jalan kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah atas teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun .
Rujukan :
Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 16.
No comments:
Post a Comment